Get $25 free
loading...

[TAIB PINTAR] SPRM: kita sudah buka 15 fail, tapi Taib Mahmud TAK DIDAKWA kerana…...


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dapat mengambil sebarang tindakan terhadap Yang di-Pertua Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud walaupun 15 fail siasatan dibuka sejak 2015 atau 2016.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, Taib tidak mempengerusikan sebarang mesyuarat atau membuat keputusan terhadap projek tertentu.

Kita sudah buka 15 fail siasatan sejak 2015 atau 2016 lagi, siasatan itu memang sebahagiannya betul seperti apa yang ditohmah. Masalahnya, dia (Taib) tidak buat keputusan, dia tidak mempengerusikan mesyuarat.

Tidak ada satu kes yang mengaitkannya kerana orang lain yang buat keputusan. Kita dah serahkan kepada Jabatan Peguam Negara, tidak boleh kaitkan melainkan kita ada terima maklumat baru.


Dia tidak buat keputusan terhadap tanah atau projek-projek tertentu. Undang-undang tidak benarkan kita ambil tindakan terhadapnya,” katanya dalam sidang media di Gerak Budaya hari ini.
Taib dikaitkan dengan pelbagai dakwaan rasuah semasa beliau menjadi ketua menteri Sarawak dari 1981 hingga 2014, termasuk salah guna kuasa, rampasan tanah dan menerima sogokan.
Pada 1 Mac 2014, Taib mengangkat sumpah sebagai gabenor Sarawak ke-7 selepas meletak jawatan sebagai ketua menteri pada 28 Februari 2014 dan khidmatnya disambung 4 tahun lagi pada Februari lalu.
Sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, tindakan terhadap Taib hanya akan diambil jika ada laporan ke atasnya.
Perdana menteri berkata, sehingga kini belum ada laporan dibuat rakyat Sarawak ke atas Taib yang dikatakan melibatkan SPRM. - fmt
Previous
Next Post »
loading...