Get $25 free
loading...

Rafizi Ramli : Saya banyak Kritik Najib, tapi layan dia dengan baik, jaga maruah sebagai mantan PM



Berita tersebar Dato' Seri Najib ditahan SPRM.

Seluruh kerjaya politik saya sejak 2010 berkisar mengenai pendedahan-pendedahan rasuah di bawah pentadbiran beliau. Saya antara orang yang paling banyak mengkritik beliau di dalam parlimen.

Namun, saya berdoa beliau dilayan dengan baik dan dijaga maruah sebagai seorang mantan Perdana Menteri. Biarlah beliau diadili sebaiknya oleh sistem kehakiman dan sistem keadilan yang betul-betul bebas dan adil, tanpa ada perasaan marah, benci, dendam dan lain-lain.

Saya telah lama memaafkan beliau (atau sesiapa dari BN yang berkuasa dahulu) atas segala kesukaran yang saya lalui sebagai ahli parlimen pembangkang yang berpunca dari mereka. Saya tidak mahu ada mana-mana ahli parlimen pembangkang melalui pengalaman sebegitu di bawah PH.

Saya berdoa semuanya berjalan baik dan semua dilayan seadilnya.

Itulah perjuangan #reformasi sejak 1998 lagi - kuasa itu hanya bermakna jika ia digunakan untuk menegakkan keadilan, hatta kepada orang yang paling kasar terhadap kita.

-Rafizi Ramli
Previous
Next Post »
loading...