Get $25 free
loading...

Lepas Bunuh Adam Rayqal, Pengasuh Promote Untuk Jaga Baby Lagi

Rakyat Malaysia terkedu apabila berita mayat bayi lelaki ditemui dalam bahagian atas (sejuk beku) peti ais dua pintu di rumah pengasuh semalam di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves, Gombak.

BACA : Shopping Sakan Lepas Jual Anak RM31,000

Sebelum mayat adik Adam Rayqal Mohd Sufi ditemui oleh polis, suspek yang merupakan pengasuh mangsa yang dikenali sebagai QayLa Adriana Aoki (nama Facebook) dikatakan diculik oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di rumah suspek.

Selepas keterangan pengasuh terbabit meragukan, polis membuat pemeriksaan di rumah berkenaan dan menjumpai mayat Adam Rayqal lengkap dengan pakaian dibalut dengan kain lampin serta disumbat dalam beg berwarna hijau.

Walaupun selepas mengakibatkan kematian Adam Rayqal, suspek yang menggunakan nama QayLa Adriana Aoki di laman sosial Facebook dilihat memberi komen untuk menjaga bayi yang lain dengan meninggalkan nombor telefonnya pada komen tersebut.


Gambar pengasuh yang merupakan suspek utama pembunuh Adam Rayqal.

Suspek yang merupakan seorang wanita berusia 33 tahun telah ditahan oleh pihak polis bersama rakan serumahnya yang berusia 36 tahun.

Tweet
Previous
Next Post »
loading...