Get $25 free
loading...

[KO PON SAMA ANGGUK KAT NAJIB] Perwakilan diarah, ugut, paksa ikut pilihan ‘warlord’, kata Khairy

Bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin mendakwa ramai perwakilan parti itu diarah, diugut, dan dipaksa untuk mengikut pilihan ‘warlord’ dalam pemilihan UMNO peringkat bahagian dan majlis tertinggi semalam.
Khairy yang tewas kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam perebutan jawatan presiden Umno berkata sistem undi Bahagian berpihak kepada “warlords” yang mempunyai cengkaman kuat ke atas bahagian mereka walaupun statistik undi popular menunjukkan majoriti anggota parti mahukan perubahan.
Majoriti ahli nak berubah, tetapi ‘warlords’ masih pekak terhadap suara rakyat.
“Angguk-angguk, tepuk-tepuk, seolah-olah tiada pendirian sendiri,” katanya menerusi laman Twitter hari ini.
Walaupun bekas menteri belia dan sukan itu menerima keputusan semalam dengan hati terbuka, beliau mahu anggota parti supaya membuang mentaliti feudal selain mengulangi pendirian untuk melihat perubahan dalam Umno.
Ahmad Zahid, yang sebelum ini merupakan naib presiden yang menjalankan tugas-tugas presiden, dipilih sebagai presiden UMNO apabila mendapat 93 undi, jauh mendahului 2 pencabar utamanya iaitu Khairy yang memperoleh 51 undi dan veteran parti, Tengku Razaleigh Hamzah yang meraih 23 undi.
Ketua Umno Bahagian Rembau dan pengerusi Umno Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan pula dipilih sebagai timbalan presiden Umno selepas mendapat 110 undi menewaskan ketua penerangan Umno merangkap Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa (47 undi) setakat semalam.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada satu sidang media tengah malam tadi berkata senarai penuh keputusan pemilihan Umno diumumkan hari ini.
Previous
Next Post »
loading...