Rasanya, ramai dikalangan rakyat Malaysia masih tidak dapat melupakan insiden rusuhan terbesar dalam sejarah negara, Reformasi pada tahun 1998. Rusuhan ini tercetus setelah Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan dan UMNO oleh Tun Dr Mahathir Mohamad akibat salah laku.
Impak dari rusuhan besar ini, terhasillah sebuah lagi parti berasaskan Melayu dan Bumiputera iaitu parti Adil atau lebih dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini. Bukan mahu menolak dakwaan Mahathir pada ketika itu kerana mahkamah sendiri telah menjatuhkan hukuman keatas salah laku Anwar, tetapi, atas kesilapan mengatur politiklah maka kaum Melayu dan Bumiputera terpecah lagi.
Hari ini, setelah 19 tahun berlalu, nampaknya apa yang berlaku ditengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur, begitu diidamkan berlaku sekali lagi oleh Mahathir. Manakan tidak, hari ini, setelah lebih 25 tahun penyelewengan Forex berlaku, segala-galanya telah terbongkar hasil daripada siasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI).
Menerusi pembentangan hasil siasatan yang dilakukan oleh panel RCI, mereka mendedahkan terdapat salah laku dalam urusan berkenaan dan menamakan beberapa nama yang perlu disiasat oleh pihak berkuasa kerana panel RCI mendapati, memang terdapat salah laku sepanjang urus niaga berkenaan berlangsung antara tahun 1992 hingga 1994.
Ketika mengulas tentang dakwaan RCI ini, Mahathir dilaporkan berkata, dia tidak takut disiasat atau diambil tindakan oleh mana-mana pihak. Malah, dia mencabar pihak-pihak berkenaan menyiasat dan memenjarakannya jika dia didapati bersalah. Justeru, timbul persoalan, apa sebenarnya yang dirancang oleh Mahathir disebalik semua isu ini?
Jawapannya cukup mudah. Mahathir sebenar-benarnya amat berharap, insiden 1998 yang menyaksikan pertempuran antara penunjuk perasaaan dari penyokong Anwar dengan pihak berkuasa, belaku lagi dan kali ini melibatkan para pentaksubnya dengan pihak berkuasa.
Mahathir pastinya sedar akan kemungkinan ini berlaku dan dia sememangnya mengharapkan kejadian seumpama ini berlaku di Kuala Lumpur atas dua sebab utama. Yang pertama, rusuhan seumpama ini akan memberikan gambaran buruk tentang kestabilan negara dan yang kedua, rusuhan seumpama ini memungkinkan kerajaan dapat ditumbangkan dengan cara yang cukup jijik.
Mahathir mungkin merasakan dia masih mempunyai sokongan yang kuat dari rakyat Malaysia hanya dengan menggunakan alasan jasa-jasa yang dia taburkan semasa menjadi Perdana Menteri. Namun, satu perkara yag harus Mahathir ingat. Setiap salah laku, wajib menerima pembalasannya terutamanya sekali tindakannya yang hampir menyebabkan Bank Negara dan Malaysia itu sendiri muflis.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini