Get $25 free
loading...

Hormati pilihan rakyat Kelantan, Terengganu, kata Anwar

Anwar berkata gelombang penolakan rakyat kepada Najib dan BN berlaku di seluruh negara walaupun rakyat di 2 negeri itu tidak memberi undi kepada PH.

Anwar berkata rakyat masi menolak Umno walaupun pimpinan PAS lebih lunak dengan Najib.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menghormati keputusan rakyat Kelantan dan Terengganu memilih PAS berbanding Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya lepas.

Katanya, apa yang lebih utama gelombang perubahan rakyat menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak berlaku seluruh negara.

“Kita lihat kebangkitan rakyat dalam pilihan raya kali ini yang belum pernah berlaku.

“Bantahan terhadap pimpinan Najib dan Umno berlaku seluruh negara termasuk Kelantan dan Terengganu. Cuma Kelantan dan Terengganu mereka pilih PAS, tidak apa itu hak rakyat Kelantan dan Terengganu, tapi yang penting di sini walaupun pimpinan PAS lebih lunak dengan Najib, rakyat masih menolak Umno,” katanya.

Anwar berkata demikian di majlis berbuka puasa di kediamannya di Bukit Segambut malam tadi yang dihadiri lebih 500 penyokong.

Pada pilihan raya lepas, Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan kerjasama Parti Warisan Sabah berjaya menawan hampir seluruh negara kecuali Perlis, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Labuan.

Pakatan Harapan gagal memenangi walaupun satu kerusi di Kelantan dan Terengganu.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...