Agak kelakar apabila pentaksub Pakatan Harapan mempersoalkan kewajaran PAS menggerakkan bantahan ICERD diseluruh negara demi mempertahankan Islam dan hak bumiputera. Hujah mereka berpaksikan kepada beberapa kenyataan pimpinan PH yang menolak ICERD, baru-baru ini.
Hello guys, read this..
1. Awal November, kenyataan sokongan kepada ICERD adalah konsisten daripada pimpinan PH. Sila rujuk Sinar (1/11) atau Utusan (6/11). Bermula daripada Senator Waytha Morthy (Hindraf), YB Kasturiati (DAP), YB Saifudin (PKR) dan YB Mujahid (PAN). Ia selari dan konsisten.
2. Penegasan ratifikasi termaktub di dalam Janji 26 manifesto Pakatan Harapan. Dan ini diingatkan/ditegaskan oleh YB Kasturiati.
3. Pendedahan 'Deklarasi Setapak' terbongkar! Usaha dan impian untuk menghapuskan status bumiputera dan bukan bumiputera. DAP tegas. Dan sekali lagi, ia selari dalam proses meratifikasi ICERD.
Bantahan demi bantahan. Kebangkitan rakyat semakin memuncak hingga Presiden PAS memberi amaran kepada PH untuk menggerakkan jutaan rakyat ke jalan raya jika PH nekad meratifikasi ICERD.
HANYA SELEPAS BERLAKU KEBANGKITAN RAKYAT, BEBERAPA PIMPINAN PH TERPAKSA AKUR UNTUK TURUT TIDAK MENYOKONG ICERD DALAM KENYATAAN MEREKA, BARU-BARU INI.
Isunya, adakah anda percaya PH tidak akan meratifikasi konvensyen ini? Track rekod membuktikan PH mempunyai lidah bercabang. Pelbagai manifesto yang dijanji, telah dikencing. Sebaliknya, yang tiada dalam manifesto pula dittitikberatkan.
Ya, bantahan demi bantahan perlu diteruskan. PH sedang menguji sensitiviti umat Islam dan Melayu.
Jika dilihat umat Islam semakin kendur bantahannya, langsung tidak mustahil PH akan kembali memperjuangkan ICERD. Kerana apa? Kerana track rekod PH adalah lidah bercabang!
Hidup Islam. Bantah ICERD! -Penyatuan Ummah Islam Melayu Bumiputera