Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Wangsa Sari di sini kini hidup dalam ketakutan kerana bila-bila masa sahaja mereka akan dihalau keluar dari rumah oleh KERAjaan Pakatan Harapan (PH).
Ini berikutan amaran yang telah dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menamatkan perjanjian penyewaan dan mengosongkan rumah bagi mereka yang gagal untuk menjelaskan tunggakan sewa.
Menurut seorang penduduk di sana, Mazlan Abd Latif memberitahu baru-baru ini ada perjumpaan di antara pengerusi-pengerusi Persatuan Penduduk seluruh Wilayah bersama dengan Timbalan Menteri Wilayah, Datuk Dr Shahruddin bin Md Salleh di mana beliau menyatakan kekesalannya kerana terlalu ramai penyewa-penyewa tidak membayar sewa rumah.
Menurut Mazlan lagi, Timbalan Menteri Wilayah itu mengarahkan pengerusi-pengerusi PPR memberi amaran kepada penyewa untuk menyelesaikan tunggakan atau mereka semua akan dikenakan tindakan halau keluar dari rumah PPR.
Terdahulu Pakatan Harapan kerap berjanji akan membantu untuk menyelesaikan masalah kos sara hidup rakyat terutamanya yang tinggal di bandar.
Malangnya semua janji KERAjaan PH tidak ditunaikan dan terbaru Menteri Kewangan Lim Guan Eng meminta rakyat pula untuk berkorban untuk mereka menteri-menteri yang gaji puluhan ribu.
Dan kini, walaupun semua janji itu tidak ditunaikan, rakyat miskin yang hanya mampu menyewa di PPR pula mahu dihalau keluar kerana tidak mampu untuk menyelesaikan tunggakan sewa.
Menurut Mazlan perkara seperti ini tidak pernah berlaku ketika pemerintahan kerajaan terdahulu. Segala masalah tunggakan sewa sentiasa dibawa berbincang sehinggalah pada akhirnya yang mendapat manfaat adalah penyewa, iaitu rakyatlah yang akan mendapat manfaatnya.
"Dulu masa zaman BN, penyewa-penyewa yang banyak tertunggak ni jumpa Menteri bincang nak bayar sikit-sikit tunggakan tersebut. Setiap bulan mereka bayar double (RM124 x2 setiap bulan) sehinggalah selesai.
"Menteri ketika itu, KuNan, sangat memahami permasalahan orang bandar yang cukup-cukup makan.
"Tapi, itu dulu la...ramai yang tak menghargai. Sekarang, mereka-mereka ini yang undi PH, kononnya inginkan perubahan. Ini lah perubahannya. Hadaplaaa!!!" komen Mazlan.
Difahamkan Mazlan adalah salah seorang individu yang banyak membantu penduduk di sekitar jika menghadapi sebarang kesukaran.
Walaupun KERAjaan PH mengambil tindakan mahu menghalau penyewa, sebaliknya Mazlan mengambil inisiatif menawarkan diri untuk membantu mereka yang menghadapi masalah untuk menyelesaikan tunggakan sewa tersebut.
"Kepada penduduk yang memang susah dan sakit serta masih belum mendapat bantuan baitulmal InsyaAllah saya masih seperti dulu akan bantu, hanya yang betul-betul susah... Pm tepi boleh tengah pun boleh..." komen Mazlan lagi di akaun Facebook miliknya bersama hantaran gambar satu rumah yang telah diberi notis untuk dirampas.
Amatlah tidak patut KERAjaan PH yang telah menabur pelbagai janji manis untuk membantu rakyat susah, tetapi setelah mendapat kuasa, rakyat susah yang menyokongnya pula dizalimi, mahu dihalau keluar dari rumah untuk berteduh. – AbuLeman