Hikayat politik parti UMNO di bawah kepimpinan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Naib Presiden yang kini menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi begitu kuat dan mantap demi masa depan orang Melayu.
Gandingan hebat berkenaan yang diasaskan dari nilai persahabatan yang sejati menjadikan UMNO semakin mengukuh perpaduan dalam kalangan ahli biarpun dilanda pelbagai konflik. Bermacam-macam pengaruh cuba meresapi ahli akar umbi UMNO tetapi berjaya dipatahkan kerana keyakinan ahli kepada kepimpinan tertinggi parti.
Gaya pentadbiran Najib yang juga Perdana Menteri yang benar-benar telus serta mempunyai agenda terperinci mudah difahami rakyat di seluruh pelusuk negara apabila mereka melihat bukti kejayaan di depan mata mereka sendiri.
Najib juga menerima Ahmad Zahid kerana bagi beliau, Ahmad Zahid adalah sahabat setia Najib dalam politik sejak sekian lama.
Dalam pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober lepas, secara terbuka Najib memuji Ahmad Zahid sekaligus mengiktiraf beliau sebagai gandingan terkuatnya dalam mentabdir negara.
“Bertuahlah saya kerana mempunyai bukan sekadar seorang timbalan perdana menteri, tapi lebih jauh daripada itu, seorang sahabat yang setia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,” kata Najib ketika ucapan bajet berkenaan.
Dek kerana gandingan kuat ini pengaruh bekas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin gagal menyusup masuk meracuni ahli UMNO sebaik beliau dilucutkan dari jawatan oleh Najib dalam satu rombakan kabinet. Ia gagal sehingga Muhyiddin dipecat dari parti dan kini bergerak di bawah PPBM yang diterajui bersama bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad.
Bukan sekali, Najib secara terbuka menunjukkan beliau menerima gandingan Ahmad Zahid tetapi acapkali ia disebutkan. Tarikh 6 Ogos 2017, Najib menyifatkan Timbalannya itu sebagai sahabat baiknya di waktu susah dan senang.
“Saya dengan Zahid ini sudah lama, sejak 1986 lagi, dia bukan sahaja Timbalan saya yang setia tapi sahabat yang sentiasa bersama saya dalam susah dan senang,” kata Perdana Menteri.
Keyakinan Najib kepada Ahmad Zahid, begitu kuat sehinggakan Najib bukan mudah hendak menerima cubaan memfitnah Timbalannya itu, khususnya dakwaan bahawa Ahmad Zahid cuba untuk menjatuhkan diri beliau. Fitnah Mahathir bahawa Ahmad Zahid ada bertemu dengannya meminta bantuan untuk menggulingkan Najib tidak diterima langsung oleh Najib dan ia dianggap sebagai satu tindakan yang berniat jahat.
Selepas ketiaan Mahathir dan Muhyiddin dalam UMNO, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 kali ini adalah perhimpunan yang bebas ancaman jahat dari dalam parti sertia gandingan mantap Najib dan Ahmad Zahid tidak diganggu oleh sesiapapun malahan ahli UMNO menerima kepimpinan mereka dengan baik.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini