Get $25 free
loading...

Rompak Bank, Wanita Hamil Dihukum Penjara Empat Tahun

Share This:

Seorang wanita yang sedang hamil lapan bulan didakwa merompak tiga bank dan terlibat dalam dua kes rompakan tersebut dan telah dijatuhi hukuman penjara empat tahun.

Wanita dari Wisconsin itu dituduh merompak dan mengaku salah terlibat dalam kes tersebut.

Menurut sumber melaporkan bahawa Lisa Harding dari Madison, 32, turut diperintahkan untuk membayar balik wang yang diambil semasa rompakan bank ketiga, walaupun tuduhan itu ditolak di bawah perjanjian rayuan semalam.

Rompakan tersebut berlaku pada Disember 2016 dan Harding ditangkap selepas dia menaiki teksi dari tempat rompakan terakhirnya.

Hakim Litar Dane County, Jill Karofsky berkata, biarpun beliau memahami masalah kesihatan dan ketagihan Harding terhadap dadah, hukuman penjara tetap dijatuhkan kerana ancaman ke atas keselamatan orang awam.

Bagaimanapun, Harding dirakamkan meminta maaf dan berkata, banyak perkara ‘salah’ berlaku terhadapnya pada masa itu.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...