Get $25 free
loading...

#PAU 2017 : Jangan Jadikan Ia Usul Dari Majlis Tertinggi, Biarlah Ia Datang Dari Perwakilan

Share This:

Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2017 hari ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak langsung dikatakan tidak campur tangan dalam soal usul supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.

Menurutnya, ini kerana beliau mempunyai kepentingan dalam hal tersebut dan percaya perkara ini harus datang bukan atas petunjuk daripada presiden tetapi dengan rela hati.

“Saya ada dengar mengenai usul ini akan dibawa dalam Perhimpunan Agung (UMNO). Ada Ahli Majlis Tertinggi yang rapat dengan saya yang ingin membawa usul ini tetapi saya langsung tidak berbicara dengan beliau mengenai soal ini.

“Jadi bila perkara ini dibangkitkan dalam Majlis Tertinggi dan buat keputusan supaya perkara ini dibawa dalam Perhimpunan Agung, saya beritahu jangan jadikan ia usul dari Majlis Tertinggi. Biarlah ia datang dari perwakilan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan di Perhimpunan tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...