Get $25 free
loading...

Lelaki dipenjara 115 tahun, 24 sebatan akibat rogol anak sejak 2013

Mangsa berusia 20 tahun itu hanya mendiamkan diri kerana tertuduh mengugut akan melakukan perbuatan sama ke atas adik perempuan mangsa yang lain, jika perkara itu dilaporkan kepada pihak berkuasa mahupun orang lain.

Lelaki-dipenjara-115-tahun-24-sebatan-akibat-rogol-anak-sejak-2013KUANTAN: Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara 115 tahun dan 24 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas 5 tuduhan sumbang mahram dan merogol anak kandungnya antara Oktober 2013 hingga Oktober lepas.

Tertuduh berusia 53 tahun dari sebuah kampung di Pekan, dituduh melakukan jenayah itu terhadap anak perempuannya yang kini berusia 20 tahun dalam 2 prosiding di Mahkamah Sesyen berasingan.

Di Mahkamah Sesyen 1, tertuduh yang merupakan nelayan sungai dikenakan hukuman penjara 40 tahun oleh Hakim Datuk Unaizah Mohd atas 2 pertuduhan sumbang mahram pada 20 Oktober 2013 dan 24 Oktober 2014.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan keji itu di sebuah rumah rakit di tepi Sungai Pahang, Kampung Tebat, kira-kira 8.30 malam pada tarikh berkenaan ketika anak sulung daripada 5 beradik itu berusia 16 dan 17 tahun.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun atau maksimum 30 tahun dan sebatan.

Unaizah menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun bagi setiap pertuduhan yang akan dilaksanakan secara berasingan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shahrul Ekhsan Hassim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen 4, tertuduh dikenakan hukuman penjara 75 tahun dari tarikh tangkapan dan 30 sebatan atas 3 pertuduhan merogol anak kandung sama pada 14 dan 22 September serta 3 Oktober lalu di lokasi sama serta waktu sama.

Hakim Siti Aminah Ghazali menjatuhkan hukuman 25 tahun penjara dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan, setelah mendengar hujah pihak pendakwaan yang dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Haryati Abdullah.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan 10 sebatan, bagaimanapun hukuman sebatan ke atas tertuduh dikurangkan berikutan Seksyen 288 Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan seseorang pesalah hanya boleh disebat maksimum 24 sebatan.

Sebelum itu, dalam hujahnya, Haryati memaklumkan mangsa melarikan diri dari ruamhnya pada 6 Disember lalu selepas tidak tahan diperkosa tertuduh sejak 4 tahun lalu sebelum membuat laporan polis pada 13 Disember lalu.

Mangsa sebelum ini hanya mendiamkan diri kerana takut, setelah tertuduh mengugut akan melakukan perbuatan sama ke atas adik perempuan mangsa yang lain, jika perkara itu dilaporkan kepada pihak berkuasa mahupun orang lain.

Walaupun beliau mengadu kepada ibunya, namun tiada sebarang tindakan diambil kerana ibunya juga takut kerana sering dipukul dan ditendang lelaki itu, biarpun hanya melakukan kesalahan kecil.

Sehubungan itu, Haryati berkata, tertuduh wajar dikenakan hukuman berat atas perbuatan kejinya kerana sebagai bapa, dia sepatutnya melindungi anaknya, bukan menjadi perosak masa depan mereka.

Sepanjang 2 prosiding itu diadakan dan sebaik sahaja hukuman dibacakan, tertuduh kelihatan bersahaja tanpa sebarang reaksi.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...