Get $25 free
loading...

Bajet Terengganu 2018 : ‘Status Penghantaran ‘Amphicoach’ Ke Terengganu

Share This:

Selepas kegagalan pihak terbabit menunaikan janji menghantar bas ‘Amphicoach’ ,kerajaan negeri telah mengeluarkan surat penamatan kontrak pada 16 November 2017 pada tahun ini.

Menurut Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, tindakan itu dibuat selepas beberapa kali tidak mematuhi notis yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri.

‘Status penghantaran ‘Amphicoach’ ke Terengganu, kerajaan ingin maklumkan bahawa notis untuk tujuan penamatan pengambilan kerja kontraktor telah dikeluarkan dan telah memulakan proses mengmbil tindakan undang-undang ke atas pembekal’, katanya ketika menjawab soalan lisan Wakil Air Putih (BN) YB Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar pada persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-13 (Bajet) hari ini.

Ahmad Razif turut menjelaskan kerajaan perlu mengambil tindakan tegas walaupun pihak pembekal menjanjikan untuk menghantar dalam tempoh terdekat berikutan kenderaan itu tetap tidak tiba pada waktu sepatutnya.

Tambahnya selepas penamatan kontarak dikeluarkan proses undang-undang akan berjalan untuk tuntutan ganti rugi.

Katanya kos bergantung kepada nilai mata wang semasa Eropah dengan kontrak asal berharga RM3.3 juta. Bagaimanapun kerajaan negeri belum menjelaskan sepenuhnya nilai kenderaan berkenaan.

Menurut beliau, sehingga hari ini bayaran sudah dijelaskan berjumlah RM2.745juta berasaskan tuntutan pembekal menerusi perjanjian kontrak syarikat Alam Perkasa Technologi Sdn Bhd. – www.Terengganu.news

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...