Tindakan penyanyi berusia lanjut, Sheila Majid yang secara terbuka tiba-tiba mengkritik kerajaan di laman Twitternya dilihat netizen sebagai tidak mengenang budi kerana beliau boleh mencipta nama sebagai penyanyi di bawah kerajaan BN yang sentiasa berjaya memastikan negara terus stabil.
Pada 5 Ogos lepas, Sheila mengadakan konsert di Stadium Negara dengan nama Sheila Majid : The Concert Kuala Lumpur 2017 dan ia mendapat sambutan menggalakkan dari peminatnya apabila dua kategori tiket yang ada iaitu berharga RM888 dan RM388 habis dijual, sold out.
Semalam, dengan nada menyindir kerajaan, Sheila mula meroyan cakap bukan-bukan berkenaan harga barang memihak kepada pembangkang.
“Makanan semakin mahal, ringgit sudah lemah, kos sara hidup meningkat dan kerja kekurangan. Rakyat jadi penat dan marah kerana terbeban dengan hutang yang bukan milik mereka.
“Berhentilah memberi alasan dan menuding jari. Fokus untuk cari jalan penyelesaian supaya negara dapat kembalikan era kegemilangan. Mengecewakan,” luahnya.
Beliau kelihatan amat tidak sedar diri apabila mahu memainkan watak sebagai rakyat tertindas padahal Sheila merupakan antara artis yang kaya di negara ini kerana tiket sudah habis dijual untuk konsert. Amat berbeza dengan seorang lagi ikon sukan papan selaju Malaysia, Ahmad Fadzil Musa atau dikenali sebagai Pa’Din Musa.
Tiga hari lepas, orang ramai beratur seawal pukul 8 pagi di hadapan kedai kasut Vans untuk membeli kasut edisi khas colorway, iaitu edisi Pa’Din Musa.
Ia habis dijual pada hari pelancarannya di kebanyakn kedai dari Pulau Pinang sehingalah ke Singapura. Pa’Din merupakan orang Malaysia pertama yang mempunyai kasut edisi khas keluaran syarikat kasud dan pakaian yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu.
Pa’Din bagaimanapun tidak pun bising menuding jari pada kerajaan di media sosial sebaliknya seperti biasa menjalani kehidupan sebagai ikon pemain papan selaju atau skateboard. Pada 18 November lepas, Pa’Din sudah pun menganggap bahawa kehidupannya sudah lengkap sebagai seorang pemain skateboard dengan semua pencapaiannya menjadi pemain profesional.
Pa’din, 41, mencipta sejarah dalam sukan ‘skateboarding’ ataupun papan selaju negara ini apabila mempunyai kasut signature colorway profesional untuk papan selaju keluaran syarikat Amerika Syarikat, Vans.
“Kehidupan saya sudah lengkap sebagai seorang ‘skateboarder’, saya tidak ada apa lagi yang saya perlu buktikan dalam skateboarding.
“Memang setiap impian setiap ‘skater’ untuk mempunyai kasut nama mereka sendiri ataupun signature shoes. Saya sangat bangga ia dapat direalisasikan selepas dua tahun perancangan ini dibuat,” kata Pa’Din.
Berbeza dengan Sheila, kehidupannya sudah pun berpuluh tahun sebagai penyanyi tapi tidak pernah bersyukur ataupun mengakui kejayaannnya sebaliknya terus menyalahkan kerajaan pula. Beliau sibuk mengutip duit atas kestabilan negara dengan maksimum melalui penjualan tiket yang mahal untuk persembahannya tapi merungut konon-konon rakyat sudah ditindas.
Kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah pun melakukan pelbagai usaha dan ikhtiar untuk meringankan beban rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana melalui pelbagai inisiatif antara yang paling utama ialah BR1M.
Orang seperti Sheila Majid tidak pernah merasa cukup dengan kekayaan kerana mereka mahu terus kaya untuk menikmati gaya hidup mewah sebagai seorang artis yang kononnya glamor di bawah perhatian para peminat. Agak pelik, selepas tweet Sheila dibuat, Pengerusi PPBM, Mahathir Mohamad kemudian memuji Sheila kerana berani mengkritik kerajaan.
Ia sama seperti isu berkaitan artis muda, Fathia Latiff yang juga mengkritik kerajaan tanpa ada fakta dan dengan biadab. Mereka seperti sudah diberikan habuan oleh pembangkang untuk menulis perkara buruk kepada BN supaya rakyat membenci parti keramat itu.
Mahathir memilih artis yang sudah kurang popular yang tidak dapat banyak peluang persembahan lagi seperti dulu kerana mereka sudah terdesak dan akan menerima habuan atas sebab apa sahaja asalkan sanggup mengkritik kerajaan. Selepas artis berkenaan jalankan tugas, Mahathir pula akan turut serta kemudian seakan-akan merestui perbuatan itu.
Padahal kesemuanya itu sudahpun dirancang.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini