Get $25 free
loading...

Isu Plagiat: Tuntutan Saman Terhadap Syamsul Yusof Dibatalkan

src="https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_uiIOjIN9OWzlzh6or_-rD9-K1GSQ03eUiZdTlJKbbd8NMV5krHbsFa9qKmBSk35TEwq2irMYNIvQ=s0-d">

..

Pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof dan bapanya, Datuk Yusof Haslam lega selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memutuskan filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam yang ditayangkan pada tahun 2009 tidak memplagiat novel Aku Bohsia.

Memetik laporan Kosmo! Hakim Datin Azizah Nawawi mengetepikan tuntutan saman yang difailkan penulis novel tersebut, Elias Idris, 64, pada 24 November 2014 selepas mendapati isu bohsia dan mat rempit yang menjadi tema kedua-dua filem dan novel berkenaan merupakan isu umum dalam masyarakat negara ini.

“Bohsia dan mat rempit merupakan isu umum dalam masyarakat kita dan ia tidak boleh dijadikan hak eksklusif kepada novel plaintif (Elias) semata-mata. Saya juga bersetuju dengan hujah pihak defendan yang mengatakan, idea kehidupan golongan terbabit tidak di­lindungi oleh Akta Hakcipta 1987.

“Saya mendapati, Elias gagal membuktikan defendan telah melanggar hak cipta novel berkenaan dalam penerbitan filem tersebut. Oleh itu, tuntutan plaintif ditolak dengan kos,” katanya ketika membacakan penghakiman bertulisnya di sini semalam.

Azizah juga membenarkan tuntutan balas ketiga-tiga defendan iaitu Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Md. Yusof. 32; bapanya, Md. Yusof Md. Aslam, 62; dan syarikat penerbitan filem milik mereka, Skop Production Sdn. Bhd. yang mendakwa, Elias telah menulis kata-kata fitnah di laman blog milik penulis itu menerusi dua artikel bertarikh 7 November dan 16 November 2014.

Menurut beliau, dakwaan plaintif dalam artikel itu yang mendakwa 80 peratus daripada jalan cerita filem Bohsia: Jalan Pilih Jalan Hitam telah meniru novel Aku Bohsia telah memberi reputasi buruk Syamsul, bapa dan syarikat penerbitan filem mereka kepada masyarakat.

 

 

 


Previous
Next Post »
loading...