Get $25 free
loading...

Video Pengumuman ‘Star Wars Eposide VIII’ Raih Lebih 6 juta Tontonan

February 2016 09:08

..

Pada Isnin lalu, Disney melancarkan trailer produksi filem terbaharu francais Star Wars bertajuk Star Wars Episode VIII serta mengumumkan bahawa penggambaran filem itu telah dimulakan.

 

Penggambaran utama dijalankan di studio penggambaran terkenal dunia, Pinewood Studios.

Pengumuman itu dilalukan menerusi video yang dimuat naik ke saluran rasmi YouTube Star Wars serta menerusi satu kenyataan media dalam portal mereka.

Tidak sampai 24 jam video itu dimuat naik, video Star Wars itu berjaya meraih lebih daripada 3.8 juta tontonan.  Dan setakat ni video tersebut sudah mencecah lebih 6 juta tontonan.

..

Paling menarik, watak Rey serta Luke Skywalker turut membuat penampilan dalam video pendek tersebut.

Episod terbaharu filem Star Wars ini turut membawa kembali pelakon yang telah membintangi ‘The Force Awakens’ seperti Daisy Ridley, John Boyega dan Carrie Fisher.

Bukan itu sahaja, ia turut menampilkan pelakon baharu seperti Benicio Del Toro dan Laura Dern.

Bagaimanapun, pengumuman pelakon baharu telah mengelirukan peminat, dengan rata-rata mula meneka watak yang akan dilakonkan Del Toro dan Dern.

Filem kelapan Star Wars ini bakal diarahkan oleh Rian Johnson yang pernah mengarahkan filem Looper dan beberapa episod drama popular, Breaking Bad.

‘Star Wars Eposide VIII’ akan menemui penonton di pawagam pada 15 Disember 2017.

">

 

 

 

 


Previous
Next Post »
loading...