- Details
- Published on Wednesday, 17 February 2016 11:55
.
Minggu ini, nama ikon filem antarabangsa Jackie Chan menjadi bualan hangat ramai apabila beliau dilaporkan baru sajamenambah aset mewah dengan membeli sebuah jet peribadi bernilai RM82 juta.
Memetik laporan Bussiness Insider, Jackie, 61, merupakan pelanggan China pertama yang membeli jet model Legacy 500 keluaran terkini Embraer Aerospace yang juga merupakan keluaran terbaharu syarikat berpangkalan di Brazil itu.
Pada tahun 2012, bintang yang turut menjadi duta pembuat pesawat komersial, perniagaan dan militari itu membeli model Legacy 650 keluaran syarikat sama.
"Saya sangat teruja dapat memiliki jet eksekutif mewah Legacy 500. Sejak beberapa tahun lalu, Legacy 650 kepunyaan saya memberi pengalaman pengembaraan yang menakjubkan dan selesa.
"Pesawat ini membolehkan saya memenuhi undangan dan komitmen lakonan di seluruh dunia dengan lancar.
“Saya pasti Legacy 500 mampu memenuhi jangkaan serta menjadi kediaman dan pejabat bergerak yang efisien," katanya.

Telemovie Bendasing Lakonan Rosyam Nor, Mamat Khal ...

Rahsia Kelabu Lakonan Kamal Adli,nelissa Nizam ...

Terpadamnya Pelita Syawal Lakonan Zamarul Hisham,f ...

Cinta Untuk Sekali Lagi Raya Lakonan Meerqeen, Ery ...