Penguasa Makanan Pertanian dan Ternakan Singapura (AVA) akan melakukan semburan kabut di beberapa pokok di Yishun dan Clementi untuk mengawal pembiakan burung tiong.
Memetik laporan Channel News Asia melaporkan semburan kabut itu akan dilakukan selama setahun yang mana ia sudah dimulakan di sekitar kawasan Yishun sejak 25 Februari yang lalu.
Program unik tersebut kemudian akan bermula di Clementi pula pada bulan depan.
Tindakan itu dilakukan kerana para penduduk Yishun membuat aduan mengenai bunyi bising yang berpunca daripada burung tiongitu sehingga menggangu tugas-tugas harian mereka.
Sebelum ini, usaha pihak AVA dan Majlis Bandaran Nee Soon untuk mencantas pokok-pokok serta mengehadkan sumber bekalan makanan unggas itu, tidak berhasil kerana burung ini ternyata bijak mengawal keadaan, malah burung ini tidak terjejas dengan perlakuan itu.
Menurut Ahli Parlimen Nee Soon GRC, Louis Ng berkata, langkah ini bukanlah satu penyelesian jangka panjang.
“Apa yang perlu kita lakukan adalah menguatkuasakan undang-undang supaya penduduk tidak memberi burung ini makan.
“Kerana peningkatan populasi burung-burung ini adalah kerana penduduk yang memberi ia makan,” katanya.
Dalam pada itu, memetik laporan itu lagi melaporkan bahawa bahan kimia yang dikeluarkan menerusi proses semburan asap kabus itu diharap akan mengusir dan mengekang burung-burung berkenaan daripada pulang ke tempat-tempat tersebut dalam jangka masa lebih panjang.
Jurucakap AVA bagaimanapun memberi jaminan bahawa kesan semburan kabut tersebut sebenarnya tidak akan membahayakan nyawa burung itu sendiri yang banyak terdapat di rantau Asia tenggara, India dan China.
Sumber : Sinar