Get $25 free
loading...

Tiada Kena Mengena Dengan LGBT - Aeril Zafrel

..

Baru-baru ini pelakon Aeril Zafrel menerima tohmahan dan kritikan daripada orang ramai ekoran poster bertajuk Crystal Soul yang dimuatnaik di Instagram miliknya.

Poster tersebut merupakan projek terbaharu yang juga filem kedua arahannya.

Gambar yang memaparkan aksi dua lelaki di sebalik cermin tanpa berpakaian itu telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan pengikut Aeril.

Bahkan kebanyakan mengkritik Aeril dan aktor, Nazim Othman kerana dikatakan berlakon di dalam filem homoseksual.

"Tidak dinafikan, saya memuat naik gambar poster berkenaan dan menurunkan ia selepas tiga jam.

"Saya berbuat sedemikian kerana ia adalah sebahagian dari kajian mengenai pandangan orang mengenai filem ini.

"Saya ingin lihat sama ada orang sedar dengan kapsyen gambar yang saya muat naik atau hanya membuat penilaian daripada gambar sahaja.

“Bagaimanapun saya tidak marah atau melatah dengan semua komen yang ditinggalkan kerana itu adalah pandangan mereka dan saya hormati apa yang mereka katakan,” jelasnya.

Aeril berkata, penggambaran filem tersebut belum pun dijalankan dan dia masih menunggu rombakan skrip oleh penulis skrip, AbbanNamus.

“Filem ini berkaitan ilusi optikal; di mana apa yang kita lihat tidak semestinya kita nampak.

“Ia tidak ada kena mengena langsung dengan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender),” katanya seperti yang laporkan Sinar Harian.

Previous
Next Post »
loading...