Get $25 free
loading...

Cara Memujuk Lelaki Merajuk dan Marah Dengan Anda



CARA MEMUJUK LELAKI YANG SEDANG MARAH DAN MERAJUK 



Tips dan rahsia cara memujuk lelaki merajuk dan marah dengan anda. Pernahkah anda mengalami masalah untuk memujuk lelaki yang merajuk dan ketika dia marah? Memujuk lelaki tidak sama dengan memujuk perempuan dan oleh itu jika anda memujuk lelaki dengan cara yang sama anda memujuk rakan perempuan anda maka sudah pasti pujukan anda tidak akan berkesan. Anda mungkin pernah dengar orang kata lelaki jarang merajuk, tetapi kalau merajuk memang susah hendak pujuk.

Tambahan pula, lelaki memang terkenal dengan sikap egonya yang tersendiri dan agak susah untuk memaafkan kesalahan anda yang mungkin padanya adalah agak berat dan serius.
Disini ada beberapa rahsia atau tips cara memujuk lelaki yang merajuk dan marah dengan anda. Anda boleh gunakan cara ini jika anda kurang pasti akan cara menarik perhatian lelaki supaya tidak lagi marah dengan anda.
Bagaimana Cara Memujuk Lelaki Merajuk dan Marah Dengan Anda
Pertama sekali anda kena tahu, apa punca lelaki merajuk dan marah dengan anda. Kalau lelaki merajuk dan marah, memang ada sebab atau kelakukan anda yang tidak menyenangkan hatinya dan mungkin juga dianggap sengaja mencabarnya. Kalau anda rasa memang anda yang bersalah, maka lebih baik anda meminta maaf kepadanya. Tetapi, cara anda meminta maaf biarlah dibuat dengan gaya yang ikhlas dan bukan main cakap sahaja sebab takut akan menjadikan keadaan lebih serius dan dia akan makin marah dengan anda pula.
Belanja dia makan di tempat kegemarannya ataupun makanan kegemarannya. Selama bersama dengan dia, anda pasti sudah tahu akan beberapa jenis makanan yang disukainya bukan?  Apabila disana, anda boleh katakan padanya bahawa anda minta maaf dan rasa bersalah terhadapnya. Dia pasti akan menghargai usaha anda untuk meminta maaf kepadanya.
Tips dan rahsia cara memujuk lelaki merajuk dan marah dengan anda
Membuat lawak atau jenaka padanya. Tak kisahlah sama ada anda seorang yang pandai membuat jenaka atau lawak, anda boleh saja cuba buat lawak-lawak bodoh depan dia. Kalaupun dia tidak ketawa dengan lawak anda, tetapi asalkan dia akan senyum sikit pun sudah memadai sebab itu bermaksud sedikit sebanyak taktik anda sudah berjaya. Biasalah lelaki, dia akan cuba control macho dan tidak mahu memperlihatkan dirinya senang untuk dipujuk. Tapi, jangan sesekali anda membuat lawak atau jenaka yang kelihatan seolah-olah mempermainkan atau menyindirnya.
Mengajak dia melakukan perkara yang dia suka. Contohnya majoriti besar lelaki meminati bola sepak dan biasanya kalau di hujung minggu pasti ada match EPL yang mungkin melibatkan team kegemarannya. Anda boleh tanya dia kalau dia ingin tengok bola pada hujung minggu ini dan anda ingin temankan dia. Lelaki pasti akan suka kalau anda melakukan perkara yang mereka suka dan minat.
Kalau anda tidak tahu untuk berbuat apa-apa, maka mungkin juga anda tidak perlu berbuat apa-apa sebenarnya. Ini kerana lelaki juga suka untuk bersendirian untuk meredakan perasaan marahnya. Mungkin anda boleh hantar text untuk meminta maaf kepadanya, tapi jangan call mereka sebab takut dia masih marah dengan anda dan mungkin nanti anda pula yang kena marah.
Itu adalah sedikit sebanyak tips cara memujuk lelaki merajuk dan marah dengan kita. Jikaseseorang itu betul-betul sayangkan kita, maka sudah pasti dia akan memaafkan kita. Anda ada cara lain yang mungkin berkesan tak?
Previous
Next Post »
loading...