- Details
- Published on Monday, 15 February 2016 07:25
.
Pengarah terkenal Aziz M Osman mengakui bahawa tidak mustahil untuk menghasilkan sebuah filem yang mengisahkan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat suatu hari nanti.
Memetik laporan Sinar Harian, impian untuk menghasilkan filem tersebut hanya akan dapat menjadi realiti sekiranya masyarakat negara ini bersatu dari segi hati dan pemikiran.
"Kenapa tidak (saya buat filem tentang Allahyarham)? Ia tidak mustahil dapat dilakukan. Dan kalau saya mahu buat filem tentang Allahyarham, saya mahu ceritakan bagaimana Allahyarham mendidik kita semua dalam soal hudud"
“Meskipun negara kita tidak mengamalkan hudud, tetapi Allahyarham sudahpun mengamalkan hudud secara psikologi,” katanya.
Mengenai siapa yang akan didekati untuk menghuraikan perwatakan Allahyarham dalam filem itu, Aziz berkata, dia mungkin akan melihat dari sudut pandangannya sendiri memandangkan raut wajah Allahyarham juga seiras dengan bapanya.
“Itu saya tidak tahu lagi. Mungkin saya akan melihatnya dari sudut peribadi sendiri atau mungkin tidak. Kalau ada rezeki suatu hari nanti, Insya- Allah saya akan buat filem Allahyarham,” katanya.