- Details
- Published on Monday, 15 February 2016 08:09
.
Baru-baru ini dirinya telah dikatakan menjalin hubungan sejenis gara-gara dia memotong pendek rambutnya untuk watak sebuah drama.
Bagaimanapun Janna Nick sekeras-kerasnya menyangkal dakwaan tersebut
"Saya tidak perlu ambil serius kerana apa yang diperkatakan itu tidak benar.
"Orang bebas berkata apa saja, tetapi hanya saya yang mengetahui sejauh mana kebenarannya. Saya tidak ambil hati kerana gosip seperti itu lumrah dalam bidang seni.
“Tidak sangka pula ia mencetuskan isu lain hingga saya terpalit ini. Saya bersikap terbuka dalam bergaulan dan tidak pernah meletakkan syarat tertentu ketika berkawan. Berada dalam industri kreatif, saya bertemu dengan pelbagai jenis manusia,” jelasnya seperti yang dilaporkan BH Plus.
Tambah pelakon drama Kau Aku Kita ini, sebagai selebriti, dia akur dengan kontroversi yang mendatang dan tidak akan mudah melatah apabila dilanda sebarang khabar angin.