Get $25 free
loading...

Zizan Nin Sahkan Sudah Bercerai

..

Pelakon dan pengacara Zizan Nin, 42, mengakui sudah bercerai dengan isterinya, Fazilah Hani Harun, 35, sejak sebulan lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Zizan berkata dia belum bersedia untuk komen lebih lanjut. Tambahan banyak hati yang perlu dijaganya.

"Berilah ruang untuk saya berdepan dengan semua ini. Saya bukan lari daripada media, cuma dalam kes ini saya tidak boleh komen lebih-lebih”

'Saya tidak mahu memanjangkan lagi cerita. Perkara sudah jadi. Saya redha dengan ketentuan Allah SWT. Siapalah kita ingin melawan takdir,” jelasnya pelakon filem Tanda Putera ini.

Zizan Nin dan Fazilah yang juga merupakan seorang pembaca berita di sebuah stesen televisyen swasta mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2010.  Mereka tidak mempunyai cahaya mata sepanjang hidup bersama.

Previous
Next Post »
loading...