- Details
.
Acara Anugerah Grammy yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat akhirnya sampai ke kemuncak apabila dua anugerah utama diumumkan.
Trofi Record of The Year menjadi milik Mark Ronson feat Bruno Mars menerusi lagu 'Uptown Funk'.
Sekligus kemenangaan tersebut meleburkan harapan barisan finalis yang terdiri daripaadaa barisn pemuzik hebat lain seperti Ed Sheeran lewat (Thinking Out Loud), D'Angelo and the Vanguard lewat (Really Love), Taylor Swift ('Blank Space'), The Weeknd ('Can't Feel My Face).
Sebelum itu, pasangan duet ini berjaya memenangi dalam kategori Best Pop Duo/Group Performance.
"Saya mahu berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam penghasilan lagu ini. Pemuzik lain seperti James Brown, Earth Wind Fire dan semua orang," ucap Mark Ronson.
"Terima kasih banyak kepada semua, peminat semua! trofi ini untuk anda," sambung Bruno.
Sebelum itu, Taylor Swift juga mencipta kemenangan besar apabila albumnya '1989' dinobatkan sebagai 'Album of The Year'.
Menepati raamalan, Swift mengalahkan empat pesaingnya yang juga bukan calang-calang iaitu Kendrick Lamar, Alabama Shakes, Chris Stapleton dan The Weeknd.
"Terima kasih kepaada semua yang terlibat di album ini. Sebagai artis yang pernah memenangi album terbaik anugerah Grammy sebanyak dua kali, saya ingin menyampaikan kepada anda semua, bahwa pasti ada orang di luar sana yang secara tiba-tiba akan mengatakan bahwa kejayaan anda disebabkan mereka.
"Anda hanya perlu tahu, bahwa hanya diri anda sendiri yang mampu membuat anda hebat bahkan popular. Tidak ada orang lain yang berhak mengatakan sedemikian selain diri anda," ucapnya.
Secara keseluruhan, pelantun 'Bad Blood' itu meraih tiga kemenangan iaitu dua lagi menerusi kategori 'Best Pop Vocal Album' dan 'Best Music Video'.
Sementara itu, penutup acara ini menyaksikan persembahan kolaborasi Robin Thicke, Travis Barker, Joe Perry dan Pitbull.
- mD

Baju Raya Bella Astillah & Syed Saddiq Warna S ...

Ruben Onsu Umum Sudah Peluk Agama Islam Semoga ...

Cinta Untuk Sekali Lagi Raya Lakonan Meerqeen, Ery ...

Andai Tiada Dia Raya Lakonan Ummi Nazeera, Hisyam ...