Get $25 free
loading...

Tiket Berharga RM5000 Konsert DiRaja di IB Habis Dijual

src="https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_uUCXlrM9aVvwiDgACjWRkGFXOzen3rhszDOdhAK0HhuzWm2VZOZXgW-ld_gnwelTLti-P6YMnV0Q=s0-d" width="550">.

Tiket paling mahal berharga RM5000 Konsert Diraja yang bakal berlangsung di Panggung Sari Istana Budaya (IB) pada 27 Februari ini telah pun habis dijual.

Menurut Ketua Pengarah Istana Budaya, , Dato` Mohamed Juhari Shaarani, sebanyak 100 tiket yang ditawarkan sekaligus ia merupakan harga tiket paling mahal dalam sejarah IB.

"Setakat ini jualan tiket sangat memberangsangkan. Tiket paling mahal untuk konsert ini sekaligus dalam sejarah Istana Budaya iaitu berharga RM5000 telah pun habis dijual dalam tempoh lebih kurang seminggu selepas pengumuman pertama mengenai konsert ini sekitar Januari lalu", katanya pada sidang media Konsert Raja dan Rakyat Berpisah Tiada bertempat di Istana Budaya, pada Selasa.

Konsert ini diadakan sempena sambutan ulangtahun kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang (KDYMM) Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shaah Ibni Al-marhum Sultan Sir Abu Bakar yang ke-85.

Lebih istimewa, seramai enam artis tersohor tanah air iaitu Dato' Jamal Abdillah,Dato' Siti Nurhaliza, Dato' Dato David Arumugam, Dato' Leornard Tan, Dato' Yusni Hamid serta penghibur dari Seberang, Dato' Rossa bakal bergabung tenaga bagi menjayakan konsert tersebut.

Pemilihan barisan seniman dan seniwati berkenaan kerana sebelum ini mereka yang pernah menerima Darjah Kebesaran daripada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, yang membawa gelaran Dato'.

Diiringi pemuzik daripada Kumpulan Orkestra Simfoni Kebangsaan, konsert yang bakal berdurasi selama 2 jam itu akan menyaksikan barisan artis bukan saja mendedangkan lagu-lagu kegemaran Sultan malah akan menyampaikan seleksi lagu-lagu hit mereka.

Sementara itu DatO' Hattan ketika ditemui pada sidang media tersebut berkata, meskipun beliau sering membuat persembahan di hadapan Tuanku, namun kali ini beliau sangat teruja sekaligus menyifatkan persembahan kali ini mempunyai keistimewaan tersendiri.

"Hubungan akrab saya dan Tuanku sudah terjalin sejak bertahun-tahun dulu sehingga kini. Ini kali yang ke-10 saya membuat persembahan di hadapan beliau.

"Saya sangat berbesar hati dan teruja apabila dipilih untuk menjayakan konsert ini apatahlagi saya dimaklumkan berpeluang bekerjasama dengan penerbit yang bukan calang-calang dalam persembahan pementasan iaitu Azmi Burung.

"Saya akan menyanyikan lagu kegemaraan Tuanku seperti lagu Rendang Tak Berbuah, Dari Kekasih dan Kepadamu Kekasih yang mana saya akan berduet bersama Dato' Jamal Abdillah," katanya.

Selain itu, Dato' Yusni Hamid pula berkata, beliau sangat berbangga dan sentiasa bersedia meluangkan masa bagi bagi memenuhi undangan untuk menghiburkan Sultan.

"Sejak saya remaja sampai lah ke hari ini, saya sering diundang membuat persembahan untuk Tuanku. Kali ini saya bertambah teruja kerana berpeluang beraksi dengan barisan teman artis terkenal di satu pentas yang sama," ujarnya.

Disamping itu, sebelum konsert berlangsung, turut diadakan pameran khas yang akan memperlihatkan sejarah, latar belakang dan aktiviti termasuk koleksi gambar peribadi Sultan Pahang.

Pameran selama empat hari bermula pada 24 Januari sehingga 27 Januari itu nanti dijangka akan dapat menarik minat lebih luas masyarakat khususnya generasi muda untuk lebih mengenali lebih dekat kehidupan Sultan Pahang.

Dianjurkaan oleh Luhur Nurani, pameran tersebut terbahagi kepada tiga siri pameran yang mengetengahkan kehidupan KDYMM Sultan Pahang dan terbuka kepada orang ramai dan masuk adalah percuma.


- mD


Previous
Next Post »
loading...