- Details
- Published on Wednesday, 17 February 2016 07:45
.
Meskipun berjaya dalam karier lakonan namun tidak membuat Sophie Turner puas dengan bidang yang diceburinya itu.
Sebaliknya pelakon X-Men: Apocalypse dan Game of Thrones ini menyatakan hasrat ingin bekerja di Starbucks.
Keinginan tersebut ternyata sudah pendam Sophie sejak kecil yang mengimpikan mahu bekerja di sebuah perusahaan yang menyediakan pelayan, misalnya di Starbucks.
"Saya teringin sangat untuk bekerja di Starbucks. Saya pernah menyatakan hasrat ini kepada ibu bapa saya bahwa saya ingin bekerja di Starbucks atau apa-apa tempat yang menyediakan pelayan," akuinya dalam sebuah temuramah baru-baru ini.
Bekerja sebagai pelakon menuntutnya untuk bekerja tanpa mengira waktu. Sehingga, gadis berusia 19 tahun ini mahu merasai pengalaman bekerja seperti mana pekerja di pejabat yang biasanya bekerja mulai jam 9 hingga jam 5 petang.
"Saya tidak tahu kenapa, tapi saya tertarik dan mahu merasai pengalaman bekerja dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
"Berlakon adalah pekerjaan yang tidak menentu masa. Saya mahu teruskan berlakon tetapi mungkin sesekali saya boleh bekerja di Starbucks," harapnya.

Makluman: Mangsa Insiden Kebakaran Saluran Paip Ga ...

Mcmc Rakam Percakapan Individu Muat Naik Kandungan ...

#hiburan: Jofliam & Dewi Sah Suami Isteri, Uca ...

Makluman: Operasi Penerbangan Di Lapangan Terbang ...