Get $25 free
loading...

Hidapi Batuk Kronik Tak Halang David Arumugam Menyanyi

class="c10" height="369" src="https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_vkPUk1K04KRY8dbCVPL76yUW8T6rtqYKoFB_FpDP5sm6Rmr8mQLd1V1WSnnSd-GE5ubfblizgemQ=s0-d" width="550">.

Bintang lagenda Datuk David Arumugam mendedahkan beliau sebenarnya mengidapi penyakit batuk yang kronik sejak 20 tahun lalu.

 

Menurut vokalis utama kumpulan Alleycats ini, meskipun selama ini menanggung penyakit tersebut namun tidak menghalangnya menyanyi dan membuat persembahan.

"Saya sihat, okay. Cuma batuk kronik. Sudah lama, sejak 20 tahun dulu saya hidapi batuk teruk. Saya sudah buat pemeriksaan tetapi doktor juga mengatakan yang batuk saya ini tiada ubat.

"Tetapi penyakit ini tidak sikit pun menghalang saya menyanyi dan membuat persembahan kerana peliknya, apabila saya menyanyi di pentas tidak mula saya menghadapi apa-apa masalah cuma selepas turun dariada pentas saya akan batuk teruk," jelasnya figura berambut afro ini kepada Malaysian Digest tatkala berkongsikan mengenai kesihatan dirinya.

David, 66, ditemui pada sidang media Konsert DiRaja Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada bertempat di Istana Budaya, baru-baru ini.

Beliau bakal menjayakan persembahan konsert tersebut yang akan berlangsung di Panggung Sari Istana Budaya pada 27 Februari ini. Selain David, barisan artis tersohor yang akan beraksi seperti Datuk Jamal Abdillah, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Leornard Tan, Datuk Yusni Hamid serta penghibur dari Seberang, Datuk Rossa.

Konsert berkenaan sempena sambutan ulangtahun kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang (KDYMM) Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shaah Ibni Al-marhum Sultan Sir Abu Bakar yang ke-85.

Dalam pada itu David berkata, beliau sangat berbesar hati dan teruja dipilih menjayakan konsert berkenaan bersama barisan artis terkenal.

"Saya sangat berbangga dan teruja dipilih oleh Tuanku untuk membuat persembahan di konsert ini. Saya akan menyanyikan tiga buah lagu iaitu, Sampaikanlah Salam, Hingga Akhir Nanti dan Sang Puteri.

"Untuk persiapan, saya akan berlatih bersama kumpulan Okestra Simfoni Ke," katanya yang akan menjalani latihan bersama Kumpulan Orkestra Simfoni Kebangsaan," katanya.

Sementara mengenai perkembangan terkini Alleycats beliau berkata, mereka kini sedang dalam proses merakamkan album terbaharu yang akan diterbitkan oleh Datuk M. Nasir.

"Alleycats sedang dalam proses rakam album yang ke 31. Selepas sembilan tahun sejak album berjudul 'Rasa', kami kembali mendapatkan khidmat Datuk M. Nasir sebagai penerbit.

"Album ini nanti memuatkan sebanyak 10 buah lagu," katanya.

Selain David, Alleycats dianggotai Glenville Charles Salay (vokal), Priyadashini Loganathan @ Dasha Loga (vokal), David John (drum), Nazaruddin Abdullah (gitar utama), Jimmy Loh (basist) Mike Pra (keyboard).

- mD

 

 

 

 


Previous
Next Post »
loading...