- Details
- Published on Friday, 19 February 2016 07:26
.
Pelakon Shukri Yahaya, 27, mengumumkan bakal menimang cahaya mata hujung bulan Ogos ini.
Shukri yang mendirikan rumah tangga pada 20 November tahun lalu memberitahu isterinya, Tya Adnan, 25, kini sedang hamil dua bulan.
“Alhamdulillah, rezeki kami untuk memperoleh cahaya mata dipermudahkan.
“Saya terharu bercampur gembira apabila isteri memberitahu dia sedang hamil,” ujarnya seperti yang dilaporkan Kosmo!
Menurut pelakon drama Dia Isteri Luar Biasa, dia hanya mengetahui tentang kehamilan itu apabila isterinya menghantar rakaman video menerusi telefon bimbit yang menunjukkan alat ujian kehamilan.
Shukri dan Tya telah bernikah pada 20 November 2015 bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Telemovie Bendasing Lakonan Rosyam Nor, Mamat Khal ...

Ruben Onsu Umum Sudah Peluk Agama Islam Semoga ...

Rahsia Kelabu Lakonan Kamal Adli,nelissa Nizam ...

Pondok Abuya Lakonan Faizal Hussein, Vanidah Imran ...