Get $25 free
loading...

Diraba Warga Nepal Ketika Buat Persembahan di Sogo

src="https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_t56uOr5Z0QFLLwu_sdCOMLa9R3z4P2A7Q34Mu5QcT3YavYjbT9CReeyYkj5Lix6p42NbqOhHRtnA=s0-d">

Gambar hiasan.Gambar hiasan.

Polis sedang mengesan seorang warga Nepal yang didakwa mencabul seorang penyanyi jalanan wanita dalam kejadian di hadapan kompleks beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini kelmarin.

Memetik laporan Kosmo!, dalam kejadian pada pukul 9 malam itu, mangsa berusia 23 tahun yang merupakan ahli kumpulan Genji Buskers itu dikatakan sedang bersiap untuk melakukan persembahan sebelum mangsa didatangi suspek yang tidak dikenalinya dari arah belakang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, suspek kemudiannya bertindak memeluk dan meraba mangsa sebelum dilihat oleh suaminya yang turut sama berada di lokasi kejadian.

“Melihat kejadian itu, suami mangsa bertindak menolak suspek menyebabkan warga Nepal itu jatuh dan tercedera. Suspek dibiarkan tertiarap di laluan pejalan kaki di Dataran Sogo sebelum dibantu oleh polis bantuan.

(Gambar) Seorang lelaki warga Nepal dalam keadaan tertiarap selepas ditolak oleh suami kepada penyanyi jalanan yang menjadi viral di laman sosial sejak kelmarin. Kredit foto Kosmo!(Gambar) Seorang lelaki warga Nepal dalam keadaan tertiarap selepas ditolak oleh suami kepada penyanyi jalanan yang menjadi viral di laman sosial sejak kelmarin. Kredit foto Kosmo!

 


Previous
Next Post »
loading...