Get $25 free
loading...

Manis dan anggun berhijab, penampilan Tengku Permaisuri Selangor curi perhatian




Cantik dan manis apabila nampak kelibat beliau iaitu DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin yang hadir dalam majlis berbuka puasa bersama rakyat dan menunaikan solat sunat tarawih di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pada 18 Mei lalu.
Baginda yang mengenakan baju kurung Kedah dan tudung berwarna kelabu telah menarik perhatian rakyat jelata dek kerana keanggunan dan gayanya yang lemat-lembut serta sopan-santun itu. Kedatangan Tengku Permaisuri Selangor yang mengiringi DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menceriakan suasana majlis tersebut. Sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk mendekati pasangan diraja ini.

Mesra bersama rakyat jelata.
Terkesima apabila melihat penampilan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin tatkala mengenakan hijab. Memang cantik! Terserlah kelembutan dan gaya anggun baginda. Baginda telah mengambil keberkatan pada bulan mulia ini untuk bermesra dengan rakyat jelata.



Mengenakan persalinan kurung moden bercorak batik.
Ketibaan Tengku Permaisuri Selangor di Tanjung Karang, Kuala Selangor ke Majlis Ihya’ Ramadan dan penyampaian sumbangan Hari Raya di Masjid Kampung Sungai Terap pada hari ketujuh Ramadan sekali lagi mencuri perhatian rakyat. Kali ini baginda mengenakan persalinan kurung moden bercorak batik yang digandingkan bersama hijab rona cream. Cukup minimalis!

Bantuan kepada  fakir miskin.
Destinasi buka puasa dan Solat Terawikh hari ke-7 Ramadan diadakan di Tanjung Karang, Kuala Selangor. DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat ke Majlis Ihya’ Ramadan dan penyampaian sumbangan Hari Raya kepada 410 orang asnaf, fakir dan miskin di Masjid Kampung Sungai Terap.
Baginda diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.
DYMM Tuanku turut berkenan merasmikan Masjid Kampung Sungai Terap yang dibina sejak tahun 1985 dan selesai dinaiktaraf pada 2016.





lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...