Get $25 free
loading...

Lebih 50,000 mahu Hadiah Nobel untuk Dr M, tapi kumpulan hak asasi tak setuju

Petisyen merujuk kepada komitmen Dr Mahathir kepada ketelusan, demokrasi dan pemerintahan berdasarkan kedaulatan undang-undang selepas kemenangan pilihan raya lalu.

PETALING JAYA: Pengundian atas talian seperti sedang bermusim di Malaysia kini, tetapi petisyen terbaru mencalonkan perdana menteri baru, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk Hadiah Nobel Keamanan yang tersohor itu, dijangka mengejutkan ramai aktivis berpengalaman yang menuduh beliau melanggar hak asasi manusia sepanjang 22 tahun pemerintahan beliau 15 tahun lepas.

Petisyen tersebut mencapai sasaran 50,000 tanda tangan beberapa jam lalu, dan sasaran baru ditetapkan pada angka 75,000 dan dijangka bertambah.

“Dr Mahathir memberi tumpuan pada kepentingan ketelusan, demokrasi dan pemerintahan berdasarkan undang-undang untuk Malaysia.

“Hakikat bahawa beliau secara terbuka mengakui kesalahan lampaunya dan meminta maaf atasnya menjadikan beliau seorang “Tokoh Agung” dan pemimpin yang patut dicontohi,” kata petisyen itu.

Namun begitu, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), antara perintis hak asasi di negara ini, mempersoalkan kelayakan Dr Mahathir untuk hadiah berprestij itu.

Jurucakapnya, Chew Chuan Yang berkata, kejayaan pilihan raya Dr Mahathir dan perdamaian dengan bekas musuh tidak memadamkan kesalahan lampaunya merosakkan institusi negara sepanjang tempoh 2 dekad pemerintahan beliau.

“Betul, beliau berjaya mengalahkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, tetapi itu tidak mengubah fakta beliau merosakkan institusi negara,” katanya kepada FMT, dan menambah Dr Mahathir kini “sedang membaiki sistem yang beliau sendiri rosakkan.”

“Sekiranya Hadiah Nobel itu mahu diberikan juga, maka ia hendaklah dihadiahkan kepada orang yang berjuang separuh usianya mencabar sebuah kerajaan autokratik.

“Dalam hal ini, ketua umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih berkelayakan sebagai simbol gerakan reformasi yang dimulakannya dulu,” kata beliau.

Lawyers for Liberty enggan memberi apa-apa komen.

Dr Mahathir, 93, memimpin kemaraan PH dalam pilihan raya lepas, yang menamatkan pemerintahan lebih 60 tahun Barisan Nasional.

Beberapa hari sebelum ini, penyokong PH menewaskan bantahan atas talian terhadap pelantikan seorang bekas pensyarah sebagai menteri pendidikan, apabila petisyen lain di laman change.org yang menyokong Maszlee Malik mendapat lebih 170,000 tanda tangan.

Petisyen terbaru ini antara lain dilancarkan sebagai tanda penghormatan atas “kesungguhan Dr Mahathir kembali ke arena politik pada usia 93 tahun.”

“Beliau membelakangkan prejudis politiknya sendiri dan sanggup berdiri bahu ke bahu dengan parti politik pembangkang serta pemimpin seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Mohamad Sabu dan lain-lain bagi menyelamatkan negara kita. Tun Dr Mahathir memberi tumpuan kepada kepentingan ketelusan, demokrasi dan pemerintahan berdasarkan undang-undang untuk Malaysia,” tambah petisyen itu.

Setakat jam 11.30 malam ini, lebih 65,000 orang menandatangani petisyen tersebut.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...