Get $25 free
loading...

Anwar sindir wakil rakyat ‘gila’ jawatan menteri

Anwar Ibrahim mengingatkan pemimpin-pemimpin PH supaya fokus membantu rakyat.

Anwar berpesan kepada penyokong supaya ‘menendang’ wakil-wakil rakyat PH yang mewah berlebihan-lebihan.

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim secara sinis menegur Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang terkejar-kejar jawatan menteri berbanding berkhidmat kepada rakyat.

“Saya sindir Ahli Parlimen ramai nak jadi menteri. Tengok cermin la dulu. Rakyat bagi sokongan jadi jalankan lah kerja. Sibuk nak jadi menteri,” katanya di hadapan ribuan penyokong reformasi yang berhimpun di Padang Timur malam tadi.

Malam tadi merupakan ucapan pertamanya selepas 3 tahun dalam pemenjaraan. Pembebasan ini menyusuli kemenagan besar Pakatan Harapan pada pilihan raya 9 Mei lalu.

“Mereka harus diberi ruang menjalankan tugas. Kalau ada kekurangan, tegur mereka. Kalau mereka mewah berlebih-lebihan, kita terajang mereka,” kata Anwar kepada para penyokong.

Anwar sempat memuji Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang bertungkus lumus untuk memenangkan PH dan tidak mengharapkan habuan. Rafizi menolak sebarang tawaran untuk menjadi menteri dalam pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Paling berjasa semua ini ialah kebangkitan rakyat Malaysia. Apalah saya tanpa anda? Siapalah saya tanpa saudara-saudari takkan saya kekal,” katanya.

Anwar turut menyentuh hubungannya dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekarang ini, yang menjadi spekulasi orang ramai dengan pembebasannya.

Anwar merupakan pilihan pertama PH untuk jawatan perdana menteri, namun kemenangan PH dipastikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berkata jawatan itu akan diserahkan kepada Anwar apabila tiba masanya.

Pengampunan diraja memansuhkan sekatan 5 tahun ke atas Anwar, bermakna bekas ketua pembangkang itu boleh menyertai politik serta-merta.

“Dulu baik bukan main. Akrab. Kemudian gaduh habis-habisan, sekarang naik naik balik macam mana? Saya takkan sokong Dr Mahathir kalau saya tak yakin dia akan bawa perubahan dan kebaikan pada negara kita.

“Sesetengah orang salah faham terutama dalam isu ‘Umno 2.0’. Yang fikir macam ini, tegur sikir, ‘oh, ini tak boleh’. Budaya kita terbuka tetapi sokongan kena bulat dan padu pada Dr Mahathir dan Kabinet,” kata Anwar.

Beliau merujuk kepada kontroversi yang tercetus baru-baru ini selepas Rafizi mempertikaikan penamaan menteri-menteri kanan oleh Dr Mahathir, yang dikatakan tidak mendapat persetujuan PKR.

“Orang tanya ‘tapi kamu persoal pelantikan?’. Saya kata, lantik boleh tapi kita minta bincang (bersama),” katanya.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...