Get $25 free
loading...

10 exco Kedah angkat sumpah Selasa, kata Mukhriz

Menteri besar berkata pelantikan exco tidak perlu dibuat secara tergesa-gesa.

ALOR SETAR: Seramai 10 Adun Pakatan Harapan (PH) dijangka akan mengangkat sumpah jawatan exco Kedah, Selasa ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata setiap anggota akan menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi mendapat persetujuannya di Istana Anak Bukit pada Isnin.

Beliau berkata barisan exco terdiri daripada 4 PKR, 3 Amanah, 2 PPBM dan seorang DAP.

Selepas majlis angkat sumpah jawatan, mesyuarat exco pertama akan diadakan pada hari berikutnya, kata Mukhriz kepada pemberita pada majlis berbuka puasa PH Kubang Pasu malam tadi.

Sementara itu, Mukhriz berkata jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri akan diisi PKR dan timbalan speaker oleh PPBM.

“Saya merasakan pelantikan barisan Exco ini tidaklah lambat seperti didakwa pihak tertentu dan ia tidak perlu dibuat secara tergesa-gesa,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) ada menemuinya baru-baru ini dengan menawarkan semula jawatan Presiden KFA kepadanya.

Beliau akan mempertimbangkan tawaran itu terlebih dahulu supaya tidak bertentangan dengan manifesto PH Kedah iaitu menilai semula penglibatan ahli politik dalam KFA.

“Tetapi saya juga kena tengok permintaan dan maklum balas rakyat dan saya masih terbuka dan jika perlu, saya akan menerajui semula KFA,” katanya.

Semalam, Timbalan Presiden KFA Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah melepaskan jawatan presiden KFA berkuat kuasa Selasa lepas.

Berikutan itu juga, Setiausaha Kehormat Datuk Aminuddin Omar serta Bendahari KFA Datuk Yusof Ismail turut menghantar surat peletakan jawatan masing-masing semalam.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...