Get $25 free
loading...

Syed Saddiq CABAR PM hidup dengan gaji RM1,500 sebulan


SHAH ALAM - Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melontarkan cabaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menjalani hidup dengan bergaji RM1,500 sebulan.

Katanya, Najib hanya perlu menempuhi sebulan sahaja bagi membuktikan kenyataannya bahawa kos sara hidup di Malaysia terendah dalam kalangan negara Asean.

Menurut Syed Saddiq, gaji RM1,500 itu dipilih berdasarkan purata pendapatan kebanyakan rakyat Malaysia.

"Cuba beliau hidup dengan gaji RM1,500 sebagaimana kebanyakan rakyat Malaysia, cuba berbelanja dengan gaji sebanyak itu... boleh hidup tak, senang tak?," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui pada sidang media Pakatan Harapan di ibu pejabat Bersatu, di sini, hari ini.

Syed Saddiq berkata demikian, susulan kenyataan Najib yang dipetik sebagai berkata, kos sara hidup di Malaysia adalah yang terendah dalam kalangan negara-negara Asean mengikut kaji selidik kos sara hidup di seluruh dunia 2017 oleh Economist Intelligence Unit.
Jelas Najib, ia hasil daripada pelbagai usaha yang dilaksanakan kerajaan dalam  mengurangkan beban kos sara hidup rakyat di negara ini.

Kaji selidik oleh  Economist Intelligence Unit itu membandingkan harga barang dan perkhidmatan di 133 bandar raya seluruh dunia. - SH

Nota: Berita ini adalah ketika Syed Saddiq belum menang. Bila sudah menang dan dilantik menjadi Menteri, lain lah pula kenyataan nya. Betullah manusia ini boleh berubah dalam sekelip mata
Previous
Next Post »
loading...