Get $25 free
loading...

UMNO Lakar Sejarah Dua Jawatan Utama Tiada Pertandingan

Share This:

Tepat pukul 12.40 tengah hari Jumaat, UMNO lakar sejarah baharu dekad ini apabila sebulat suara lulus usul dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

Keputusan itu diumumkan, Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin, selepas usul dicadangkan oleh wakil Pemuda dan disokong wakil Perak sebelum dibahaskan wakil negeri serta jurucakap Wanita dan Puteri.

Di bawah Akta 5 Perlembagaan parti, usul dibawa wakil Pemuda mengajak seluruh kekuatan dan potensi ahli dan penyokong UMNO dan komponen BN untuk meningkatkan solidariti bagi memenangi Pilihan Raya Umum (PRU).

Namun perbahasan usul itu pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 ada sedikit pindaan oleh sayap Pemuda iaitu sejajar dengan Fasal 20 Perlembagaan UMNO pindaan para 5 dimasukkan perkataan-perkataan berikut:

“Justeru atas semangat kebersamaan dan kesalingan dan bagi memastikan konsep ini dapat direalisasikan, adalah dengan menjadi ketetapan untuk diputuskan dalam sidang kali ini agar jawatan Presiden, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Presiden (Naib Presiden yang menjalankan tugas Timbalan Presiden), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang,” katanya sebelum menangguhkan persidangan.

Pemuda UMNO ketika membahaskan ucapan dasar Presiden sebagai pencadang, Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz, mengemukakan satu usul tambahan supaya dua jawatan utama itu tidak dipertandingkan.

Ia sebagai simbol walak kepada institusi presiden dan parti. Usul berkenaan kemudian disokong wakil Perak, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin. – Agensi

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...