Get $25 free
loading...

#PAU 2017: Turun Padang Seperti Puteri Umno, Jika Mahu Bercakap Perjuangan Rakyat

Share This:

Semasa Perhimpunan Agung Umno ke-71 pada harini ,Exco Puteri Umno, Khaidhirah Abu Zahar dari Tangga Batu, Melaka menyelar pelakon kontroversi Fathia Latiff.

“Jika dia benar-benar mahu bercakap tentang perjuangan rakyat, turun padanglah seperti Puteri Umno. Tak perlu kalau dia hanya mahu menaip perkataan menggunakan telefon pintarnya,” kata Khaidhirah atau lebih dikenali sebagai Dira yang juga seorang selebriti.

Beliau menasihatkan Fathia supaya ‘duduk diam’ dan menumpukan pada kerjaya lakonannya.

“Tidak perlu mencampuri urusan kerajaan,” kata Dira dalam ucapannya.

Dalam satu ‘posting’ sebagai penghormatan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, di Instagramnya baru-baru ini, Fathia berkata, sumbangan bekas perdana menteri itu kepada negara seolah semakin dilupakan.

Dr Mahathir kemudiannya membalas dengan berterima kasih dan memuji Fathia kerana menyuarakan pandangannya.

“Saya kagum dengan keberanian @fatiyalatiff,” kata Dr Mahathir itu di Twitter, yang merujuk kepada pelakon berkenaan.

Sebelum ini,Fathia juga dikatakan pernah menemuramah Dr Mahathir menerusi program yang disiarkan secara penstriman langsung, Apa Kata Tokoh pada 16 Jun lalu.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...