Get $25 free
loading...

Pakatan Harapan janji ubah sukatan mata pelajaran sejarah Sabah

Ini kerana sukatan seperti yang wujud sekarang lebih memfokuskan Semenanjung Malaysia daripada sejarah negeri.

Mustapha-Sakmud-sabahKOTA KINABALU: Mata pelajaran Sejarah di sekolah Sabah merupakan antara perkara yang disentuh manifesto pilihan raya umum (PRU) Pakatan Harapan (PH), yang berjanji memperbanyakkan kandungan mengenai Sabah dalam sukatan mata pelajaran itu.

Setiausaha PH Sabah, Mustapha Sakmud berkata sukatan pelajaran sekarang lebih memfokuskan Semenanjung Malaysia dan tidak mengandungi bahan yang mencukupi untuk membolehkan warga Sabah mempelajari sejarah negeri mereka secukupnya.

“PH merancang untuk memasukkan seksyen khas mengenai sejarah Sabah,” katanya ditemui FMT.

Satu cara bagaimana ia akan direalisasikan ialah dengan memberi kuasa kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk melakukan penyelidikan dan membentangkan edisi pertamanya dalam masa 3 tahun.

“Pasukan petugas akan ditubuhkan bagi mengawasi projek dan mencadangkan sukatan pelajaran baharu kepada kabinet,” katanya.

Beliau berkata sejarah Sabah yang diajar sekarang pada dasarnya terhad kepada perkembangan sekitar pembentukan Malaysia.

Beliau berkata pakar yang bertugas untuk menyelaras sukatan pelajaran akan digalakkan untuk mengkaji sejarah Sabah dan membahagikannya kepada beberapa fasa.

“Terdapat beberapa versi sejarah Sabah dan sejarawan kita mesti berada pada kedudukan tertentu untuk mengesahkan setiap versi ini, bukan membiarkan ahli politik membuat tafsiran,” katanya.

Mustapha menyifatkan sejarah Sabah sebagai “kaya dengan cerita yang perlu disampaikan kepada generasi baharu untuk membetulkan gambaran yang salah yang sering diisi dalam minda anak-anak muda”.

Sebagai contoh, katanya, tidak ramai yang tahu tanah jajahan British yang pertama di rantau ini ialah Pulau Balambangan di Kudat.

“Pakar sejarah UMS, Baszley Bee Basrah Bee, dalam kertas kerjanya, menyatakan Pulau Balambangan menjadi tanah jajahan British pada 1773. Ini berlaku sebelum Pulau Pinang dijajah pada 1786, Singapura (1819) dan Melaka (1824).

“Bagaimanapun, tanah jajahan itu tidak lama kerana ia berterusan diserang pahlawan Sulu yang bernama Datu Tating.”

Mustapha berkata peristiwa dan perkembangan sejarah perlu difahami dalam konteksnya jika seseorang mahu memahami bagaimana Sabah menjadi tumpuan bangsa, agama dan budaya.

“Dengan mengetahui sejarah, akan menjadikan kita sebagai negara yang bersatu dan meletakkan Sabah sebagai rakan kongsi yang sama dalam pembinaan negara,” katanya.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...