Get $25 free
loading...

Menteri agama Mesir sokong artis tegur suara bilal ‘memekik’

Shereen Ridda dalam satu wawancara televisyen menegur suara sesetengah bilal yang tidak enak didengari.

Shereen-Ridda-azanPETALING JAYA: Kementerian Awqaf Mesir menyokong rungutan seorang pelakon negara itu yang menegur suara sesetengah bilal yang kedengaran seperti “memekik” semasa melaungkan azan, lapor portal berita Al-Arabiya.

Ketua sektor agama Jaber Tayei berkata kementerian memahami rungutan Shereen Ridda namun rancangan menyeragamkan alunan azan di seluruh Mesir tergendala kerana alat pemain audio di masjid-masjid dicuri selepas revolusi 25 Januari 2011.

Bercakap dalam satu wawancara televisyen, Tayei menambah kementerian memilih bilal secara teliti mengikut ciri-ciri yang ketat dan tepat.

“Ini bertujuan bagi memuaskan hati rakyat dan mengalakkan mereka menjalankan tanggungjawab agama mereka,” kata Tayei.

Shereen dikecam sesetengah pihak di media sosial apabila beliau semasa ditemubual ONTV berkata suara sesetengah bilal semasa melaungkan azan tidak enak didengari.

“Suara sesetengah bilal membuatkan sesiapa yang mendengarnya akan menjauhi agama,” kata pelakon itu, dan menyeru kerajaan menyeragamkan laungan azan.

Sesetengah pihak di media sosial membidas teguran itu, dan mendakwa Shereen cuba merosakkan agama. Mereka menuntut pelakon itu disoal dan diheret ke mahkamah.

Tayei bagaimanapun menepis dakwaan di media sosial dan berkata kementerian tidak melihat kenyataan Shereen itu melanggar undang-undang Islam.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...