Get $25 free
loading...

Isu Israel : DAP Tutup Penglibatan Mereka Untuk Tipu Undi Melayu 30%

Share This:

Untuk mendapat majoriti kuasa politik di Malaysia, DAP hanya memerlukan cuma 30 peratus sahaja undi dikalangan orang Melayu dan  dengan undi tersebut DAP akan dapat sokongan sebanyak 2/3  di Parlimen yang membolehkan DAP melakukan apa sahaja terhadap Perlembagaan Negara.

Sokongan ini amat penting bagi DAP untuk berkuasa dan menguasai segalanya yang sebelum ini menjadi milik orang Melayu. Apakah ada diantara orang Melayu masih lagi tidak sedar tentang hal ini? Apakah politik bersama DAP amat penting berbanding dengan perjuangan untuk bangsa Melayu.

DAP dalam keceluparannya menghina  sebangsa dengan mereka iaitu Cina yang menyokong MCA tetapi mereka tidak pernah sama sekali membelakangkan perjuangan bangsa, warisan dan hal ini dipertahankan dalam apa keadaan sekali pun.

Kita mungkin pernah melihat bagaimana pemimpin DAP mempertahankan sistem pendidikan yang ada dalam Negara ini. Mempertahankan kepentingan bangsa Cina DAP di Pulau Pinang dan pada masa yang sama pemimpin Melayu bersama DAP memusnahkan apa yang ada ditangan bangsa Melayu.

Jadi tidak hairan lah  bagaimana DAP terus berusaha secara gigih dalam apa keadaan sekali pun terus cuba menarik sokongan melayu walaupun terpaksa “sujud seketika” dikaki musuh ketat politik  mereka iaitu  Mahathir.

Semua ini dilakukan  hanya untuk mencapai matlamat 30 peratus sokongan dari orang Melayu. Selepas sokongan dan kemenangan ini dicapai, Orang Melayu akan sedar betapa  “bangsat” nya mereka dimata DAP dan ketika itu segalanya tidak dapat diubah lagi.

Perkataan “nanti kita ubah semula” adalah perkataan bagi orang yang tidak memahami percaturan politik yang amat sukar untuk difahamkan. Mereka hanya melihat bahawa tiada apa yang boleh dilakukan  dengan dasar pemerintahan setelah beralih kuasa.

Kesilapan dan kecelaruan pemikiran ini lah yang telah menyebabkan Pulau Pinang tergadai akibat  sepatah perkataan “Ubah” yang dimainkan dan juga  “Sepenggal sahaja”  yang mana telah menjadikan orang Melayu sebangsat Manusia dimata DAP.

Orang Melayu yang dimaksudkan itu ialah dikalangan penyokong PAS yang satu ketika amat teruja dengan slogan  gelaran “ Umar Abdul Aziz” sehingga ada yang sanggup mengatakan bahawa Guan Eng akan masuk Islam.

Kini orang Melayu semakin sedar bahawa didalam DAP tiada siapa yang boleh menyanggah keputusan yang dibuat oleh DAP terutama Kit Siang, waima  Mahahthir sekali pun, Kit Siang sebagai de facto dalam Pakatan Harapan akan terus kekal begitu selagi oarng Melayu bagang terus menyokong mereka.

Sebenarnya  ‘taiko’ dalam pakatan pembangkang sememangnya tidak ada hasrat langsung  untuk memperjuangkan nasib orang Melayu, Ini adalah kerana sejak 1969 lagi DAP sudah mula melancarkan propaganda Malaysian Malaysia yang mana dasar meritolrasi adalah agenda perjuangan mereka.

Pakatan Harapan  bukan platform yang tepat untuk berbuat demikian , bukan tempatnya untuk digunakan sebagai landasan untuk memperjuangakan Melayu. Pakatan Harapan hanya sebuah platform yang mmeperjuangkan agenda DAP yang mana disokong oleh  melayu yang berkepentingan.

Itu sahaja, tetapi jika ada yang memperjuangkan Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP adalah amat malang sekali kerana kebodohan  mereka ini dalam ilmu politik DAP. DAP boleh hidup dalam politik dengan berbagai cara dan muka. Itu yang serharusnya perlu diingat.

Dalam isu Israeal baru baru ini, peranan DAP hanya sekadar menghadirkan diri sahaja dalam perhimpunan yang diketuai oleh Mahathir, akan tetapi ianya tidak pernah mengubah pendirian DAP dalam memberikan sokongan kepada Usrael.

Hal yang sama berlaku apabila Anwar Ibrahim juga telah melakukan demikian. Begitu juga sekarang DAP yang mana sehingga kini tidak berani menyanggah isu penerimaan dana  sebanyak RM1.2biliion dari Israel yang mana akan digunakan untuk propaganda politik untuk merampas Malaysia.

Isu Palestin adalah isu  sejagat dan ianya tiada kaitan dengan politik, Ini adalah isu kemanusiaan tetapi aianya amat janggal apabila ketiadaan pimpinan DAP dan juga Pakatan Harapan yang lain bersama sama kerajaan menentang kezaliman Israel terhadap umat Palestine.

Dalam demonstrasi anjuran PH yang membantah Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel adalah sesuatu yang janggal dan DAP hadir bukan kerana membantah tindakan Israel yang menzalimi serta mengutuk tindakan tersebut. Masih tidak nampak lagi?

Masih kabur, Ketika kerajaan Malaysia menghalang dua atlit Israel daripada menyertai sukan di Malaysia, dengan begitu lantang, DAP Perak menghentam Kerajaan Malaysia. DAP Perak begitu lantang menghamburkan kecaman seakan mereka lupa bahawa Malaysia tidak mengiktiraf Israel.

Secara tidak langsungnya, DAP serta beberapa pemimpin Jew Cina yang berada di Malaysia  sudah pastinya akan menyokong tindakan DAP Perak dan disini sudah menunjukkan bahawa ada dan terdapatnya kaitan DAP dengan Israel.

Bukan itu sahaja, Malaysiakini juga terus memainkan peranan dengan menggunakan kaedah jahatnya dalam melakukan “reverse psychology” dimana telah memuatkan tajuk yang mengaitkan hubungan Malaysia dengan Israel untuk menutup agenda yang dimainkan DAP bersama Israel.

Pemimpin supremo DAP, Lim Kit Siang dilihat mengunci mulut isu Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Kit Siang telah menjadi “baby tua” yang baik  dan terus mendiamkan diri agar  kelibat  agenda mereka terus dapat disembuntikan.

Begitu juga  PAS yang mempunyai lebih banyak maklumat mengenai pengkhianatan DAP ketika berkolaborasi dengan negara asing untuk campur tangan dalam politik Malaysia. Justeru itu rakyat Malaysia harus sedar betapa bahayanya DAP dalam politik Negara.

Jangan diulangi kesilapan kedua setelah  orang Melayu sendiri menyerahkan Pulau Pinang dan kini tergadai sepenuhnya apabila tiada lagi tanah kerajaan untuk rakyat Malaysia. Yang ada hanya tanah persendirian yang telah digadai Guan Eng kepada sekutu mereka diluar Negara.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...