Get $25 free
loading...

Ideologi Zurairi AR Berbahaya Pada Naratif Hak Asasi Manusia Di Malaysia – MACSA

Share This:

Pengerusi dan Pengerusi Bersama Malaysian Alliance of Civil Society Organisations in the UPR Process (MACSA), Azril Mohd Amin dan Profesor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar menegaskan pemikiran yang dibawa oleh kolumnis The Malay Mail Online Zurairi AR adalah berbahaya terhadap naratif hak asasi manusia di Malaysia.

Menurut sumber berkata, Zurairi AR sebelum ini pernah menyatakan bahawa hubungan homoseksual itu adalah fitrah kerana perbuatan itu turut dilakukan oleh haiwan.

Menurut Azril dan Dr Rafidah dalam The Malay Mail Online, Zurairi telah mengkritik pandangan MACSA mengenai isu hak asasi manusia dengan dakwaan ianya satu “percubaan jahat untuk mengubah realiti” dalam penulisannya yang diterbitkan oleh portal The Malay Mail Online pada 17 Disember 2017.

“Zurairi memfokuskan tiga isu yang dibangkitkan oleh MACSA. Pertama, dia mendakwa bahawa melindungi agama daripada sebarang bentuk kecaman dan hinaan (seperti yang dimahukan MACSA) adalah bersamaan dengan mengehadkan kebebasan bersuara.

Kedua, dia meyelar keengganan MACSA untuk menerima teori pelbagai bahawa gender tidak mempunyai kaitan dengan biologi. Dan ketiga, dia mendakwa MACSA mahu menjadikan agama Islam dan Undang-Undang Islam sebagai penguasa tertinggi dalam Malaysia.”

Kata Azril dan Dr Rafidah, undang-undang terhadap penghinaan kepada Tuhan, mengganggu ketenteraman dan perpaduan sosial masih lagi wujud di Malaysia sepertimana negara-negara lain.

“Di Malaysia, tiada sesiapa dibenarkan untuk mencerca agama orang lain kerana ia adalah satu bentuk “ucapan kebencian” dan tidak dilindungi di bawah hak kebebasan bersuara. Samalah seperti seseorang tidak dibenarkan menggunakan bahasa rasis atau yang menghina etnik.”

Tambah mereka lagi, MACSA mahu mengekalkan kebebasan bersuara seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan, mengekalkan penentuan gender berdasarkan organ seks sewaktu lahir dan mengekalkan kesucian ikatan perkahwinan juga nilai universal keluarga. “Namun Zurairi mahu mengubahnya.

Dia mahu kebebasan bersuara diberikan terhadap mereka yang memfitnah dan menghina kepercayaan suci penganut-penganut agama di Malaysia, mahu undang-undang diubah megikut dakwaan aktivis transgender bahawa kewujudan gender tiada kaitan dengan biologi malah mahu mengubah Perlembagaan Persekutuan.”

“Dan yang terakhir, ahli-ahli MACSA komited untuk memperjuangkan hak wanita dalam negara ini berdasarkan rangka kerja komprehensif Perlembagaan Persekutuan, namun Zurairi merasakan bahawa hak wanita cukup sekadar diletakkan dalam ruangan terhad skop feminisme.”

Tegas mereka lagi, apa yang telah dilakukan Zurairi, bahkan membenarkan orang lain lakukan adalah untuk memperjuangkan perkara-perkara buruk yang boleh mengganggu hak dan kebebasan majoriti.

Ini adalah ancaman utama terhadap kesederhanaan yang dilaksanakan negara Malaysia.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...