Get $25 free
loading...

Adibah Noor,Sheila Majid,Fathia Latiff Mahu Jadi Ahli Politik?

Share This:

Bermula artis kontroversi Fathia Latfiff, Sheila Majid dan kini Adibah Noor pula bersuara tentang politik setelah dilihat populariti mereka merudum dengan teruk.

Artis-artis sedemikian mula dilihat aktif di laman twitter telah menyerang apa sahaja yang berkaitan dengan kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional.

Adakah mereka benar-benar ingin memperjuangkan tentang hak rakyat?

Tidak salah untuk menyuarakan pendapat tentang politik yang seperti dikatakan oleh Dira.

“Jika dia benar-benar mahu bercakap tentang perjuangan rakyat, turun padanglah seperti Puteri Umno. Tak perlu kalau dia hanya mahu menaip perkataan menggunakan telefon pintarnya,” kata Khaidhirah atau lebih dikenali sebagai Dira yang juga seorang selebriti.

Terbaru kenyataan yang dikeluarkan oleh Sheila Majid yang mengatakan ekonomi negara semakin teruk, menggambarkan seolah-olah beliau seperti katak di bawah tempurung kerana tidak mengambil tahu keadaan ekonomi semasa negara yang semakin kukuh dan maju.

Beliau sudah pun berpuluh tahun menjadi sebagai penyanyi mahal dan hidup mewah tapi tidak pernah bersyukur ataupun mengakui kejayaannnya sebaliknya terus menyalahkan kerajaan pula.

Beliau sibuk mengutip duit atas kestabilan negara dengan maksimum melalui penjualan tiket yang mahal untuk persembahannya tapi merungut konon-konon rakyat sudah ditindas. Siapa yang menindas siapa Sheila?

Fathia pula tidak habis-habis memburukkan kerajaan dalam pelbagai hal tanpa melakukan kajian yang betul sebelum memuatnaik statusnya.

Sementara itu,Adibah Noor pula sibuk dakwa pihak tertentu kata “artis” tiada hak langsung nak bersuara. Tapi kalau dah sampai memfitnah kerajaan, itu bukan bersuara, itu memfitnah namanya.

Secara realitinya,mereka tidak berani menyuarakan secara serius dengan mengemukakan cadangan di peringkat perlembagaan tetapi hanya berani memberi komen di media sosial sahaja.

Kalau betul serius,mereka perlu turun padang tak kisah bersama pembangkang atau kerajaan untuk mengambil tahu kehidupan rakyat jelata yang sebebnarnya, kemudian barulah suara mereka itu layak didengarkan.

-PRU14.TV

Comments

comments

Related Post

Antara Sheila Majid, Pa’Din Musa Dan Kos Sar...
Sheila Majid Meroyan, Gaya Hidup Mewah, Populariti...
Harith Iskander Ke Peringkat Akhir Lawak Antaraban...


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...