- Details
- Published on Thursday, 04 February 2016 08:25
Kepulangan penyanyi terkenal, Alyah atau nama sebenarnya, Datin Noor Hasliah Abu Hasan, 35, ke rumah ibunya di Jalan Taat, Gelang Patah, Johor, bertukar tragedi apabila beg tangan berisi barangan berharga miliknya lesap pada pagi kelmarin.
Kejadian berlaku apabila rumah ibunya dipecah masuk pencuri yang kemudian melarikan sejumlah wang tunai, dokumen peribadi dan kunci kenderaan Mitsubishi ASX Mivec yang terdapat di dalam beg tersebut.
Turut lesap dua unit telefon pintar jenis iPhone dan Samsung.
Ibu penyanyi itu, Raja Norsiah Raja Ali, 59, berkata, dia menyedari rumah telah diceroboh selepas mendapati pintu hadapan terbuka dan seunit telefon bimbit milik Alyah yang diletakkan berdekatan dengan televisyen hilang.
sumber : Kosmo!