- Details
- Published on Thursday, 04 February 2016 07:02
Aktor Leonardo DiCaprio dikritik selepas gambar memperlihatkannya sedang menghisap rokok elektronik iaitu vape tersebar ketika menghadiri Anugerah Screen Actors Guild (SAG) baru-baru ini.
Daily Mail melaporkan pelakon filem The Revenant itu dilihat menghisap vape ketika majlis anugerah tersebut sedang berlangsung dan rata-rata menganggap perbuatan Leonardo, 41, itu sebagai tidak sopan.
Gambar tersebut telah menarik perhatian Persatuan Paru-Paru Amerika memandangkan menghisap vape adalah dilarang di Los Angeles termasuk di restoran, kelab malam dan tempat awam lain.
Dalam pada itu, Leonardo buat pertama kali memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik SAG selepas sembilan kali dicalonkan dalam kategori sama sebelum ini.