Get $25 free
loading...

"Susah Sampai Terpaksa Kumpul Duit Syiling Untuk Beli Makanan", Jutawan Ini Kongsi Kisah Pahit Cabaran Hidupnya Untuk Berjaya


Terinspirasi, itu yang boleh penulis gambarkan selepas terbaca sebuah kisah kejayaan seorang usahawan muda berjaya.

Kisah yang diceritakan oleh Farhana Zahra ini ternyata memberi kesan kepada sesiapa sahaja yang membacanya, bayangkan dari seorang yang hidup susah sehinggakan terpaksa cari dan kumpul duit syiling untuk membeli makanan beliau kini sudah mampu untuk bersenang dan tersenyum atas usahanya selama ini.

Apa yang menarik, kejayaan ini adalah dari hasil titik peluhnya dan suami tanpa mengharapkan pinjaman kewangan daripada mana-mana pihak, jom kita baca kisah inspirasi ini.



Tengok duit syilling tetiba rase nak bercerita..

Korang tau x disebalik kesenangan cikna sekarang , ade terselit kisah duit syilling ni, Cerita ni masa cikna tengah kandungkan yaya, cikna tengah belajar lagi.

Cikna kawin gantung je, tak ada majlis kawin pon , tidak semeriah orang lain, bersanding, makan nasi minyak, ber makeup cantik-cantik , habis puluh2 ribu, Cikna Tak rase semua tu sebab ni pilihan Cikna , takde majlis pon belom tentu xbahagia kan?

Masa mula2 kawin tu kami nak merancang, tp selepas lapan bulan, lekat Yaya. So cikna tekad la nak ke KL sebab kat kampung tak ada kerja, kalau ada pun gaji murah, cikna plak masih belajar, so kami laki bini pindah la ke KL, Cikna mohon tukar kolej di KL.

Untuk ke KL tu mak Mikna bagi RM2,000 kalau xsilap mak laki cikna pon bagi RM1,000 untuk sewa rumah kat sana, kami dapat la sewa satu bilik ni, tapi sayang kena duduk serumah warga asing, Cikna duduk sehari je, walaupon duduk sehari kena potong RM100 dari sewa sebulan tu, dah la duit cukup-cukup makan je kena potong plak.


Lepas tu kami mencari lagi bilik untuk disewa tak dapat, Cikna pon hubungi la kawan cikna yang cikna pernah gadai telefon blackberry cikna semata2 nak bagi dia pinjam duit masa dia susah, bukan itu je, cikna bagi lagi pinjam motor cikna masa dia susah untuk dia g keje ! Tapi masa dia senang cikna minta tlg nak tumpang sehari je untuk kami cari bilik sewa , dia xbagi, bagi macam2 alasan! Ya Allah mengalir air mata cikna tau teringat perbuatan mereka! Masa ni cikna tengah mengandung, tengah alahan , kami pon laki bini keluar la g cri hotel , da la duit ade tu je nak survive ! Tapi cikna ni xserik walaupon org buat jahat dengan cikna waktu cikna susah , waktu cikna da senang ni tetap cikna buat baik dengan diorang.

Ok lepas tdo hotel tu , cri punya cari dpt la sewa bilik berharga RM450 sebulan, kena bayar deposit 2 bulan dan api air RM200, ok duit tiggal sikit je lagi.

Da dekat sebulan kami duduk sana laki cikna tak dapat keje lagi, cikna plak xdpt duit mara lagi, setiap hari kena isi minyak untuk ke kolej RM20 Sehari, korang banyangkan duit cikna tggal kosong waktu tu, nak minta mak, baru je mintak, Cikna waktu tu lapar sangat, Dengan satu hari tak makan, ptg tu kami laki bini cari duit syilling kat merata2 dlm bilik tu, korek semua poket2 yg ade, yess Allah bantu cikna , Allah sentiasa bantu hamba nya, Cukup duit syilling RM5 xde kurang xde lebih.

Laki cikna pon g kedai mamak beli makanan kegemaran kami, ye la makanan jimat. Lauk ayam, sayur , kuah dan air sirap, Cikna mmg masa ngandung kena minum air sirap yang manis.. kalau x muntah balik makanan, ngam2 harga smua ni RM5, cikna kongsi dengan suami cikna , sambil makan kami menangis (sekarang kalau teringat rase nak nangis , perit nya ujian Allah waktu tu) Masa tu baru cikna rase kenapa aq kawin, kalau aq xkawin mesti aq masih lagi degil , minta duit dgn ibu bapa sesuka hati, mesti xrase susah mcm tu, Ya Allah aku xnak da rase semua tu Ya Allah, aku janji aku akan kongsi rezeki ini dgn orang yang aku nampak susah tp bukan org yang nak guna2 kan aku.

So pada hari tu kami makan nasi sebungkus tu je la, nasib baik la keesokan hari nye tu duit mara masuk, So jadi la org kaya sekejap, yang xpikir susah lagi, tak pikir lansung dikemudian hari, Yela waktu tu cikna muda lagi hahahaa


Da puas enjoy duit tu, bulan seterus nya tu duit mara cikna distopkan balik , sbb kesilapan dr pihak kolej cakap kat MARA Cikna dah stop padahal Cikna pindah ke Bangi, So bermula la balik episod org miskin.

So Cikna pon dalam masa belajar Cikna pergi cari keje , Alhamdulillah mohon dekat perodua cikna dpt la keje, Suami cikna plak dpt keje kedai kasut, Pagi g belajar , petag cikna g keje, Macam tu la kehidupan cikna waktu susah, Ni baru sikit ade lagi cerita lepas Yaya lahir, kami diuji lagi, perit sgt sampai pernah kami laki bini berpelukan nangis sbb perit sgt rasa jadi org susah, korang nak cikna smbung x? Kalau nak nt cikna smbung kisah smpai la cikna boleh ade business ni, Smpai cikna boleh buat sales berjuta2 dlm masa setahun cikna niaga.




Kepada yg rase hidup die susah sekarang, ingat la ade yg lagi susah, jangan biasa kan meminjam duit tp sebaliknya kita mencari duit, Cikna waktu lapar bercerok perut pon xde masa nak pinjam orang duit, Ni ramai pm cikna nak pinjam duit sesuka hati, anak sakit nak g hantar hospital swasta la sbb hospital kerajaan xmenjadi, hamboiii high taste nye kau, ukur la baju dibadan sendiri!

Ni siap nak pinjam duit org sbb nak ikut nafsu, yang RM1 ade nak yang mahal, Anak Cikna masa xde duit , masuk hospital kerajaan je, xde duk memilih2.

Sumber: Farhana Zahra

lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...