Get $25 free
loading...

“Saya Potong & Campak Anu Suami Saya Ke Luar Tingkap!” – Isteri Berang Suami Curang

Berang dengan suaminya yang mempunyai hubungan sulit, seorang isteri bertindak memotong alat sulit suaminya dengan menggunakan pisau daging dan mencampak ke luar tingkap.

BACA : Kemaluan Putus Digigit Jerung, Diserang Semasa Berenang

Karuna Sanusan yang berusia 24 tahun mengaku memotong kemaluan suaminya selepas mengejutkan suaminya dari tidur dengan menggunakan sebilah pisau berukuran 12 inci panjang di kediaman mereka di Sriracha, Bangkok, Thailand.

Suami mangsa yang dikenali sebagai Siripan berusia 40 tahun itu ditinggalkan dalam keadaan kesakitan dan mengalami pendarahan teruk sebelum dibantu oleh jiran-jiran.

Alat sulit Siripan dicampak oleh isterinya sebelum paramedik menyimpan di dalam kotak ais untuk disambung semula. Namun, paramedik ada mengatakan usaha itu mungkin tidak akan berhasil.

Siripan telah dikejarkan ke Hospital Samitivej Sriracha, manakala Karuna telah ditahan dan disoal siasat oleh pihak polis.

Sumber : Daily Mail

Tweet
Previous
Next Post »
loading...