Get $25 free
loading...

"GEMPUR" MASZLEE:NGO bakal gerakkan himpunan bantah UEC besar-besaran


Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim) bersedia untuk mengerakkan himpunan rakyat secara besar-besaran di Kementerian Pendidikan sebagai tindakan bantahan terhadap pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Ketua Eksekutifnya, Mohd Zai Mustafa berkata, tindakan tersebut turut disertai Gabungan 300 NGO Islam Gerakan Pembela Ummah (Ummah) yang akan terus bersama mendesak dalam perkara tersebut.

Beliau turut mendakwa, kenyataan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik yang akan mengiktiraf UEC bersifat angkuh serta seolah-olah terikat dengan telunjuk pihak-pihak tertentu dalam Pakatan Harapan.

“Kenyataan tegar beliau mempertahankan UEC dilihat sebagai menjawab bantahan dan desakan pelbagai pihak NGO agar pengiktirafan UEC tidak dilakukan.
“Pihak kami juga sedang bersedia bersama-sama pasukan peguam untuk mengambil tidakan bagi mengkaji serta menghalang secara undang-undang sekiranya perlaksanaan UEC diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menyatakan kerajaan akan meneruskan rancangan untuk mengiktiraf UEC selaras manifesto Pakatan Harapan pada pilihan raya umum lepas.

Beliau menegaskan, pihaknya tidak akan membuat ‘pusingan u’ atau dilihat flip-flop dalam perkara itu.


Pada masa sama, beliau turut mengingatkan Menteri Pendidikan supaya semua keputusan yang akan dilaksanakan mestilah dilakukan secara berhemah dan lebih berhati-hati.
“Ia perlu mengambil kira peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Akta yang berkaitan dengan Pendidikan, Bahasa Kebangsaan serta sensitiviti majoriti rakyat di negara ini.

”Kami mengulangi pendirian bahawa perlaksanaan UEC akan membawa kemudaratan kepada sistem pendidikan di negara ini serta akan menghancurkan perpaduan kaum yang selama ini telah dihormati,” katanya.-SH
Previous
Next Post »
loading...