Ketua Eksekutif Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim), Mohd. Zai Mustafa berkata, langkah itu perlu dilakukan sekiranya kerajaan Pakatan Harapan tidak mahu berdepan rakyat yang akan membantah dengan melakukan himpunan besar-besaran.

“Mappin dan gabungan lebih 300 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah mendapat reaksi sangat positif daripada pelbagai lapisan masyarakat di Halaman Gerakan Pembela Ummah dan semua komen menuntut supaya Menteri Pendidikan menolak UEC.

“Sekiranya Menteri Pendidikan masih berdegil untuk mengiktiraf UEC, berkemungkinan beliau merupakan menteri pertama dalam kerajaan pakatan Harapan yang bakal berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat di kementeriannya di Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin, Dr. Maszlee menegaskan, pihaknya tidak akan membuat ‘pusingan U’ atau dilihat flip-flop dalam meneruskan rancangan untuk mengiktiraf UEC selaras manifesto Pakatan Harapan pada pilihan raya umum lepas.

Diikuti tindakan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching yang mengadakan pertemuan bersama wakil Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong) di Putrajaya semalam dan yakin janji kerajaan Pakatan Harapan untuk mengiktiraf UEC akan tetap terlaksana. - UTUSAN ONLINE