Get $25 free
loading...

BIADAP lawan Tun M:Gobind, Kulasegaran Bersungguh Bantah Zakir Naik


Sejak kebelakangan ini, banyak pihak yang tidak henti-henti menyoal pendirian kerajaan Malaysia berkaitan kehadiran berterusan Dr Zakir Naik di Malaysia.

YB Gobind Singh dan Kulasegaran tidak perlu masuk campur urusan dan menyerahkan pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik kepada kerajaan India kerana beliau tidak melakukan sebarang jenayah dan beliau memegang status Penduduk tetap (PR) yang sah di Malaysia. 

Dr Zakir Naik memegang taraf penduduk tetap sejak enam tahun lalu, iaitu sebelum daripada kewujudan mana-mana alegasi yang dilemparkan terhadapnya oleh pihak berkuasa India, sememangnya berhak kepada haknya di bawah taraf itu, untuk dilindungi oleh kerajaan Malaysia, selagi Dr Zakir Naik, tidak menyalahi mana-mana syarat taraf kedudukannya dan tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah di Malaysia.

Dr Zakir hanya sekadar menyebarkan agama Islam secara ilmiah melalui ceramah, dialog dan siaran media yang diasaskan olehnya.

YB tidak perlu membuat ekstradisi Dr Zakir Naik ke India kerana beliau telah menjadi mangsa politik perkauman dan keagamaan di India kerana wujud sentimen perselisihan antara penganut Hindu dan Islam di India. 

Kes beliau di India berbentuk halangan ke atas beliau untuk mengamalkan kewajipan dan hak beragama iaitu menyampaikan ilmu kepada orang ramai. Jika Dr Zakir Naik dihukum, hukuman itu adalah berasaskan amalan agama beliau. Ini adalah antara sebab YB perlu mengenepikan ekstradisi. 

Dr Zakir Naik hanya sekadar melaksanakan hak asasi beliau untuk menyampaikan ilmu dan beliau langsung tiada kaitan dengan aktiviti keganasan. 

Penangkapan dan hukuman yang mahu dikenakan ke atas beliau semata-mata kerana melaksanakan hak asasi ini tentunya bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia yang menjamin hak bersuara. 

YB...sebagai seorang peguam, anda telah gagal untuk mengkaji kedudukan sebenar isu ini di sisi undang-undang dan kedudukan kes ini. 

Isu rangkaian telekomunikasi dan Multimedia di Negara ini lebih serius dan perlu diperbaiki jika nak dibandingkan dengan isu Dr Zakir Naik yang tidak ada kena mengena dengan YB

STAY FOCUS YB, RAKYAT SEDANG MEMERHATI. 

AYUB 
SETIAUSAHA BAHAGIAN
PPBM
PUTRAJAYA
Previous
Next Post »
loading...