Get $25 free
loading...

Lara Alana Bakal Muncul Dengan Program Realiti Sendiri?

src="https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_u5UAmdgO0BbKDqYld-EW3_ffwPWM9NlPaFYZ4qnRIjEKBe044OD4Yv7o5qwJdAJEB9qv33qiYuAQ=s0-d">

..

Pengacara dan pelakon Awal Ashaari mendedahkan, dia dan isteri, Scha Alyahya kini dalam perbincangan untuk mewujudkan sebuah program khas untuk berkongsi pengalaman mereka membesarkan anak, Lara Alana, yang kini berusia satu tahun tujuh bulan.

“Kami mendapat tawaran untuk membuat sebuah program berkonsep keibubapaan. Bagaimanapun masih tidak tahu sama ada berbentuk realiti atau tidak memandangkan masih dalam proses perbincangan," katanya seperti yang dilaporkan Utusan.

Seringkali berkongsi perkembangan anaknya di laman sosial, Awal juga berkata dia dan Scha kini menjadi rujukan ibu bapa yang lain. Pasangan itu mendapat pelbagai pertanyaan daripada peminat mengenai cara mereka membesarkan Lara,

"Bukan mahu melabel kami sebagai ibu bapa yang terbaik, namun diberi peluang untuk berkongsi cara kami membesarkan Lara Alana, tentunya ini adalah satu kegembiraan.

Kami sangat teruja kerana dapat berkongsi dan menyumbang kepada mereka yang sentiasa mahu tahu bagaimana kehidupan kami sekeluarga

"Melalui e-mel kami berdua sering ditanya soalan-soalan berkaitan anak, contohnya bagaimana kami sekeluarga bercuti ke luar negara dan apa makanan yang diberi kepada anak.

"Jadi saya tidak melihat ada salahnya jika kami berkongsi perkara yang kami lalui untuk ibu bapa," katanya.

Bagaimanapun kata Awal, tujuan dia mewujudkan laman sosial anaknya itu untuk mencari populariti buat Lara sebaliknya dijadikan sebagai jurnal buat perkembangan kanak-kanak itu.

Namun melihat kemampuan laman sosial Lara kini mengumpul 1.5 juta pengikut, Awal pasti adalah rutin buat dirinya untuk sentiasa mengemaskini laman sosial anaknya itu.

 


Previous
Next Post »
loading...