WOW ! PANAS! Akhirnya Diana Danielle Dedah Kisah Sebenar Lepas Dituduh HALAU Anak Yatim
Kini sedang viral perkongsian dari seorang pengguna FB bernama Muazrin Mustapha yang mengatakan pelakon Diana Danielle bersikap tidak baik terhadap seorang pelajar dari rumah anak yatim.
Diana dikatakan memperlekehkan seorang pelajar yang membuat jualan amal bagi Rumah Amal Bistari, Yan, Kedah setelah pelajar tersebut beredar.
Setelah membaca status di FB, Diana Danielle telah menceritakan hal sebenar. Ini komennya:
Awak telah menfitnah saya secara terang terangan. Sakitnya hati bila difitnah secara halus macam ni. Awak tak berada dkt dengan saya, berani awak membuat conclusion dari jauh.
Masa student tu dtg dkt saya nak jual barang utk tujuan nak bagi pada anak yatim, saya telah menghulurkan sedekah dan saya kata tak apa saya tak nak beli barang ni, cukuplah dgn sedekah.
Pelajar tu pula reply "terima kasih, semoga murah rezeki, saya jual ya." Dan dia beredar.
Selepas dia beredar tu, saya pandang rakan saya dan tanya dia balik "jual apa? Kita tak ambik apa2 kan?". Dan itu saja yg kami kata. Tang mana yg saya perlekehkan dia?
Saya bukan seperti itu. Saya dah maafkan awak dan saya harap awak jgnlah buat status mcm ini lagi.
Itulah kisah sebenar yang berlaku. Nampaknya saudara Muazrin telah salah sangka dan menyebarkan perkara yang tidak benar. Apa pun seharusnya janganlah mudah menuding jari atau membuat sebarang spekulasi tanpa sebarang bukti yang kukuh.